1 PETRUS 4:9-11
1 PETRUS 4:9-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Hendaklah kamu saling menyambut saudara seiman di rumah tanpa bersungut-sungut. Setiap orang daripada kamu sudah menerima kurnia yang berlainan daripada Allah. Oleh itu sebagai pengurus yang baik bagi kurnia Allah, kamu mesti menggunakan kurnia-kurnia itu untuk kepentingan semua orang. Sesiapa yang menyampaikan perkhabaran, harus menyampaikan perkhabaran daripada Allah. Sesiapa yang memberikan pertolongan kepada orang lain, harus melakukannya dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah, supaya dalam segala hal Allah dimuliakan melalui Yesus Kristus. Kristuslah yang memiliki kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya. Amin.
1 PETRUS 4:9-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka handaklah kamu suka mŭmbri tumpangan chuma chuma sa’orang akan sa’orang dŭngan tiada bŭrsungot. Maka spŭrti masing masing orang tŭlah mŭnŭrima anugrah, maka dŭmkianlah kŭrjakan sa’orang akan sa’orang, spŭrti klakuan juru kunchi yang baik atas bŭrbagie bagie nihmat Allah. Maka jikalau barang sa’orang mŭngajar, handaklah iya mŭngajar spŭrti fŭrman Allah; jikalau sa’orang bŭrkhodmat, biarlah iya bŭrkhodmat spŭrti dŭngan kwasa yang dikurniakan Allah, supaya dalam sagala pŭrkara Allah itu dimuliakan dŭngan bŭrkat Isa Almasih, maka kapadanyalah puji dan kwasa kŭkal sampie slama lamanya: Amin.
1 PETRUS 4:9-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Raikan satu sama lain tanpa bersungut. Setiap orang antaramu telah menerima pelbagai kurnia daripada Allah. Sebagai pengurus yang baik bagi kurnia Allah, gunakanlah kurnia itu untuk kebaikan semua. Jika sesiapa menyampaikan perkhabaran, sampaikanlah firman daripada Allah. Jika sesiapa memberi pertolongan, berilah dengan keupayaan yang dibekalkan oleh Allah. Dengan demikian, dalam semua hal Allah akan dimuliakan melalui Yesus Kristus yang memiliki kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya. Amin.