1 PETRUS 4:12-13
1 PETRUS 4:12-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah hairan bahawa kamu diuji dengan penderitaan yang berat, jangan anggap perkara itu luar biasa. Sebaliknya, bergembiralah bahawa kamu turut mengalami penderitaan Kristus. Dengan demikian, apabila kemuliaan-Nya ternyata, kamu juga dapat berasa sukacita yang tidak terhingga.
1 PETRUS 4:12-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kamu sekarang menanggung penderitaan yang berat kerana kamu sedang diuji. Janganlah hairan dan janganlah anggap perkara itu luar biasa. Sebaliknya, bersyukurlah kerana kamu turut menanggung penderitaan bersama-sama Kristus. Dengan demikian kamu akan bersukacita, apabila kemuliaan Kristus dinyatakan kelak.
1 PETRUS 4:12-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭkasih, janganlah kamu sangka ajaib derihal annyaya yang bŭrapi itu akan mŭnchobai kamu, sa’olah olah barang pŭrkara hieran tŭlah datang ka’atas kamu. Mŭlainkan bŭrgŭmarlah, sŭbab kamu mŭnjadi orang yang mŭmpunyai bahgian dalam sŭngsara Almasih, supaya apabila kŭlak kamuliannya itu nyata, kamu pun bulihlah suka dŭngan sukachita yang amat sangat.