1 PETRUS 4:1-2
1 PETRUS 4:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana Kristus sudah menanggung penderitaan secara jasmani, kamu juga mesti menguatkan diri dengan pendirian seperti itu. Hal ini demikian kerana sesiapa yang menanggung penderitaan secara jasmani, tidak lagi berbuat dosa. Oleh itu, selama kamu hidup di dunia ini, kamu mesti dikuasai oleh kehendak Allah dan bukan oleh keinginan manusia.
1 PETRUS 4:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
ADAPUN sŭbab Isa Almasih tŭlah mŭrasai sŭngsara kŭrna kami dalam pri manusia, maka siapkanlah dirimu akan prang dŭngan ingatan yang dŭmkian, kŭrna orang yang tŭlah mŭrasai sŭngsara dalam pri manusia itu, tŭrlŭpaslah deri pada dosa; Supaya jangan iya lagi hidop pada masanya yang tŭrtinggal itu dalam pri manusia, mŭnurot nafsu manusia, mŭlainkan mŭnurot kahandak Allah adanya
1 PETRUS 4:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh sebab Kristus telah menderita secara jasmani untuk kita, teguhkanlah dirimu untuk menghadapi penderitaan demikian. Dia yang telah menderita secara jasmani itu telah mengatasi dosa. Dia tidak meneruskan hidupnya secara jasmani untuk memuaskan nafsu insani tetapi untuk melakukan kehendak Allah.