1 PETRUS 3:8-9
1 PETRUS 3:8-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Inilah kesimpulannya: Hendaklah kamu semua seia sekata dan seperasaan. Hendaklah kamu saling mengasihi seperti orang yang bersaudara, dan hendaklah kamu saling berbelas kasihan dan bersikap rendah hati. Janganlah balas kejahatan dengan kejahatan, atau cercaan dengan cercaan; sebaliknya balaslah kejahatan dengan berkat daripada Allah. Kamu harus berbuat demikian kerana Allah menjanjikan berkat, ketika Dia memanggil kamu.
1 PETRUS 3:8-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kasudahannya, biarlah kamu skalian satu hati, mŭnaroh kasihan sa’orang akan sa’orang, bŭrkasih kasihanlah spŭrti saudara bŭrsaudara, sayangkanlah sŭrta bŭradap: Janganlah balas jahat dŭngan jahat, atau maki dŭngan maki: mŭlainkan balas dŭngan lawannya, iya itu mintakan bŭrkat; sŭbab kamu tŭlah mŭngatahui dalam hal dŭmkianlah kamu tŭlah dijŭmpot, supaya kamu mŭmpusakai bŭrkat.
1 PETRUS 3:8-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebagai kesimpulan, bersatu hatilah kamu semua, dan amalkan belas ihsan antara satu sama lain. Jalinkanlah kasih persaudaraan antaramu, dengan hati yang lembut dan adab sopan yang baik. Jangan balas kejahatan dengan kejahatan atau celaan dengan celaan. Sebaliknya balaslah dengan memohon Allah memberkati mereka. Kamu mengetahui bahawa Allah telah memanggilmu supaya kamu mendapat berkat kelak.