1 PETRUS 3:7
1 PETRUS 3:7 Alkitab Berita Baik (BM)
Demikian juga kamu, suami-suami harus hidup dengan isteri kamu dengan penuh pengertian, dan sedar bahawa mereka itu kaum yang lebih lemah. Perlakukanlah mereka dengan hormat, kerana mereka bersama-sama kamu, akan menerima anugerah hidup sejati dan kekal daripada Allah. Berbuatlah demikian supaya tiada sesuatu pun menghalangi doa kamu.
1 PETRUS 3:7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan dŭmkianlah pula swami swami handaklah kamu tinggal bŭrsama sama dŭngan marika itu mŭnurot pŭngatahuan, sŭrta hormatilah akan istri itu, spŭrti kapada bŭjana yang lŭmbut, dan lagi slaku orang yang mŭngwarithi bŭrsama sama akan anugrah slamat itu; supaya jangan doa doamu itu tŭrtŭgah.
1 PETRUS 3:7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Suami, kamu juga hendaklah hidup bersama isterimu dengan sikap mengerti. Berilah penghormatan kepada isteri sebagai kaum yang lebih lemah dan sebagai rakan pewarismu yang sama-sama menerima kasih kurnia hidup. Dengan demikian doamu kepada Allah tidak akan terhalang.