1 PETRUS 3:3-6
1 PETRUS 3:3-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah kecantikan kamu bergantung kepada hiasan rambut, barang kemas, ataupun pakaian yang mahal-mahal. Sebaliknya, hendaklah kecantikan kamu terdiri daripada batin yang murni, budi pekerti yang lembut, dan tenang. Itulah kecantikan abadi yang sangat berharga di sisi Allah. Pada zaman dahulu, wanita salih yang mempercayakan diri kepada Allah mempercantik diri dengan ketaatan kepada suami mereka. Sara pun demikian juga; dia taat kepada Abraham dan menyebut dia tuannya. Kamu sekarang anak-anak Sara, jika kamu melakukan perkara yang baik dan tidak takut akan apa pun.
1 PETRUS 3:3-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Yang ampunya pŭrhiasan, janganlah jadi dŭngan barang pŭrkara yang lahir, dŭngan mŭnganyam rambut, dan mŭmakie mas, atau mŭngŭnakan pakican; Tŭtapi biarlah jadi orang yang batin dalam hati, dan dalam pŭrkara yang tiada binasa, iya itu roh yang lŭmah lŭmbut, dan pŭndiam, maka pada fihak Allah harganya bŭsar. Kŭrna dŭmkianlah juga, zaman dahulu pun sagala istri yang baik, dan yang tŭlah harap kapada Allah itu tŭlah mŭnghiasi dirinya, sŭbab mŭnalokkan dirinya kapada swami swaminya sŭndiri: Mŭskipun Sarah tŭlah mŭnurot pŭrkataan Ibrahim, disŭbotnya akan dia tuan: maka kamu pun anak chuchunya juga, slama kamu bŭrbuat baik, dŭngan tiada takot barang tŭrkŭjut lagi.
1 PETRUS 3:3-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Janganlah hiasi dirimu di luar sahaja — mendandan rambut, memakai emas atau pakaian indah. Hiasilah batinmu, dengan keindahan yang tidak dapat dimusnahkan, iaitu bersikap lembut dan tenang, yang sangat berharga di mata Allah. Demikianlah hiasan perempuan zaman dahulu yang salih dan berharap pada Allah. Mereka berserah kepada suami, seperti Sarah yang taat kepada Abraham dan memanggilnya tuan. Kamu ialah anak-anak perempuan Sarah jika kamu berbuat baik dan tidak takut apa-apa.