1 PETRUS 3:18-20
1 PETRUS 3:18-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Hal itu demikian kerana Kristus sendiri mati sekali sahaja dan untuk selama-lamanya, supaya dosa kita diampunkan. Dia tidak bersalah tetapi mati untuk orang yang bersalah, supaya Dia boleh memimpin kamu kepada Allah. Dia dibunuh dalam keadaan jasmani, tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani. Dalam keadaan roh Dia pergi mengisytiharkan berita daripada Allah kepada roh-roh yang dipenjarakan, iaitu roh-roh orang yang tidak taat kepada Allah ketika Allah menantikan mereka dengan sabar pada masa Nuh membina bahteranya. Hanya lapan orang di bahtera itu, dan mereka diselamatkan oleh air bah itu.
1 PETRUS 3:18-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna Almasih pun skali tŭlah mŭrasai sŭngsara sŭbab dosa, iya itu sa’orang bŭnar ganti orang yang tiada bŭnar, supaya iya kŭlak mŭmbawa kami kapada Allah, sŭbab iya tŭlah dibunoh dalam pri manusia, tŭtapi sudah dihidopkan ulih Roh. Maka dŭngan itulah juga iya tŭlah pŭrgi mŭngajar pada sagala nyawa yang dalam pŭnjara; Yang tŭlah dŭrhaka dahulu kala, iya itu tŭtkala panjang sabar Allah tŭlah bŭrtanggoh pada zaman Noh, sŭmŭntara bahtra itu disŭdiakan, maka dalamnya itulah sŭdikit orang sahja, iya itu dŭlapan orang yang tŭlah tŭrplihara deripada ayer itu.
1 PETRUS 3:18-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kristus juga telah mati sekali untuk selama-lamanya kerana dosa kita. Dia yang benar telah menderita untuk orang yang tidak benar supaya Dia dapat membawa kita kepada Allah. Dia telah dibunuh secara jasmani tetapi dihidupkan semula sebagai Roh. Dalam keadaan demikian, Dia pergi menyampaikan perkhabaran kepada roh-roh yang dipenjarakan. Roh-roh itu tidak taat akan Allah yang menantikan mereka dengan sabar sepanjang masa Nuh membina bahteranya. Hanya lapan orang menaiki bahtera itu dan diselamatkan melalui air.