1 PETRUS 2:4-7
1 PETRUS 2:4-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Datanglah kepada Tuhan. Dia bagaikan batu yang hidup, batu yang dibuang oleh manusia kerana dianggap tidak berguna, tetapi yang dipilih oleh Allah kerana dianggap berharga. Hendaklah kamu datang kepada-Nya sebagai batu-batu yang hidup. Biarlah kamu digunakan untuk membina rumah Allah yang rohani. Dengan demikian kamu menjadi imam yang hidup khas untuk Allah dan yang mempersembahkan korban rohani yang berkenan kepada Allah, melalui Yesus Kristus. Hal itu demikian kerana di dalam Alkitab tertulis, “Aku telah memilih suatu batu berharga, yang Aku tempatkan di Sion sebagai batu asas; dan sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan dikecewakan.” Batu ini sangat berharga bagi kamu yang percaya. Tetapi bagi orang yang tidak percaya, “Batu yang dibuang oleh pembina bangunan telah menjadi batu yang paling utama.”
1 PETRUS 2:4-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kapadanyalah kamu datang spŭrti kapada sa’buah batu yang hidop, sungguhpun iya itu ditolakkan ulih manusia, tŭtapi iya itu pilehan Allah, lagi indah indah adanya. Maka kamu pun spŭrti batu batu yang hidop itu, dibangunkan sa’buah rumah rohani, dan suatu pŭrhimponan imam imam yang suchi, akan mŭmpŭrsŭmbahkan bŭbrapa korban rohani, yang ditrima Allah ulih bŭrkat Isa Almasih. Sŭbab itulah juga tŭrsŭbut dalam kitab, Sŭsungguhnya aku mŭlŭtakkan sa’buah batu diZion, iya itu kŭpala batu pŭnjuru yang tŭrpileh, lagi indah; maka orang yang pŭrchaya akan dia itu tiadalah mŭnjadi bingung. Maka sŭbab itu bagie kamu yang pŭrchaya, iya itu indah adanya; tŭtapi kapada orang yang dŭrhaka, bahwa batu yang tŭlah ditolakkan ulih tukang, iya itu tŭlah mŭnjadi kŭpala pŭnjuru.
1 PETRUS 2:4-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Datanglah kepada Dia yang seperti batu hidup, yang dibuang oleh manusia tetapi dipilih oleh Allah dan berharga di hadirat-Nya. Kamu juga umpama batu hidup, yang digunakan untuk membina rumah rohani bagi para imam yang suci, untuk mempersembahkan korban rohani yang diredai Allah melalui Yesus Kristus. Ada tersurat dalam Kitab Suci: “Lihatlah, Kuletakkan di Sion, batu asas yang terpilih, berharga, dan sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan diaibkan.” Bagi kamu yang percaya, batu itu berharga, tetapi bagi mereka yang tidak percaya, “Batu yang dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru,”