1 PETRUS 2:4-10

1 PETRUS 2:4-10 Alkitab Berita Baik (BM)

Datanglah kepada Tuhan. Dia bagaikan batu yang hidup, batu yang dibuang oleh manusia kerana dianggap tidak berguna, tetapi yang dipilih oleh Allah kerana dianggap berharga. Hendaklah kamu datang kepada-Nya sebagai batu-batu yang hidup. Biarlah kamu digunakan untuk membina rumah Allah yang rohani. Dengan demikian kamu menjadi imam yang hidup khas untuk Allah dan yang mempersembahkan korban rohani yang berkenan kepada Allah, melalui Yesus Kristus. Hal itu demikian kerana di dalam Alkitab tertulis, “Aku telah memilih suatu batu berharga, yang Aku tempatkan di Sion sebagai batu asas; dan sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan dikecewakan.” Batu ini sangat berharga bagi kamu yang percaya. Tetapi bagi orang yang tidak percaya, “Batu yang dibuang oleh pembina bangunan telah menjadi batu yang paling utama.” Di dalam Alkitab juga tertulis ayat ini, “Inilah batu yang akan menyebabkan orang tersandung, batu yang akan menyebabkan mereka jatuh.” Mereka tersandung kerana mereka tidak percaya kepada firman itu. Demikianlah kehendak Allah bagi mereka. Tetapi kamu bangsa yang terpilih, imam-imam yang mengabdikan diri kepada Raja, bangsa yang suci, umat Allah sendiri. Allah memilih kamu untuk mengisytiharkan perbuatan-Nya yang luar biasa. Allah sudah memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang. Dahulu kamu bukan umat Allah, tetapi sekarang kamu umat Allah. Dahulu kamu tidak mengenal rahmat Allah, tetapi sekarang kamu sudah menerima rahmat-Nya.

1 PETRUS 2:4-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka kapadanyalah kamu datang spŭrti kapada sa’buah batu yang hidop, sungguhpun iya itu ditolakkan ulih manusia, tŭtapi iya itu pilehan Allah, lagi indah indah adanya. Maka kamu pun spŭrti batu batu yang hidop itu, dibangunkan sa’buah rumah rohani, dan suatu pŭrhimponan imam imam yang suchi, akan mŭmpŭrsŭmbahkan bŭbrapa korban rohani, yang ditrima Allah ulih bŭrkat Isa Almasih. Sŭbab itulah juga tŭrsŭbut dalam kitab, Sŭsungguhnya aku mŭlŭtakkan sa’buah batu diZion, iya itu kŭpala batu pŭnjuru yang tŭrpileh, lagi indah; maka orang yang pŭrchaya akan dia itu tiadalah mŭnjadi bingung. Maka sŭbab itu bagie kamu yang pŭrchaya, iya itu indah adanya; tŭtapi kapada orang yang dŭrhaka, bahwa batu yang tŭlah ditolakkan ulih tukang, iya itu tŭlah mŭnjadi kŭpala pŭnjuru. Dan sa’buah batu tŭrantok, dan karang shak, mŭskipun kapada marika itu yang tŭrantok atas pŭrkataan itu, sŭbab dŭrhaka; kŭrna kapada itulah juga marika itu tŭlah ditŭntukan. Tŭtapi kamu ini suatu katuronan yang tŭrpilih adanya, dan suatu pŭrhimponan raja imam imam, dan suatu bangsa yang suchi, dan suatu kaum yang dimiliki; supaya kamu kŭlak munyatakan sagala kamulian Tuhan yang tŭlah mŭmanggil kamu kluar deri dalam glap masok kapada trangnya yang ajaib itu: Yang pada dahulu kala bukannya suatu kaum adanya, tŭtapi skarang kamu tŭlah mŭnjadi kaum Allah: yang dahulu tiada mŭndapat kasihan, tŭtapi skarang tŭlah mŭndapat kasihan.