1 PETRUS 2:18-21
1 PETRUS 2:18-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Hamba, taatlah kepada tuan kamu, dan hormati mereka dengan sepenuhnya, bukan sahaja mereka yang baik hati dan bertimbang rasa, tetapi juga mereka yang kejam. Allah akan memberkati kamu, jika kamu dengan tabah menanggung perlakuan yang tidak adil kerana kamu tahu akan kehendak Allah. Apakah keistimewaannya, jika kamu menanggung hukuman yang memang harus kamu tanggung kerana bersalah? Tetapi jika kamu tabah menanggung penderitaan apabila dihukum kerana melakukan yang benar, Allah akan memberkati kamu. Untuk hal inilah Allah memanggil kamu, kerana Kristus sendiri sudah menanggung penderitaan untuk kamu, dan memberi kamu satu teladan, supaya kamu mengikut jejak-Nya.
1 PETRUS 2:18-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Hamba hamba, talokkanlah dirimu kapada tuanmu dŭngan takot; bukannya kapada yang baik dan lŭmah lŭmbut sahja, mŭlainkan kapada yang angkara pula. Kŭrna shukorlah, jikalau kiranya sa’orang kŭrna bŭrangan angan kapada Allah mŭnahani susah, dan mŭrasai sakit dŭngan tiada sŭbŭnarnya. Apakah kamŭgahannya, jikalau kamu sabar, sŭbab kasalahanmu, dipalu orang? tŭtapi jikalau kamu sabar, apabila kamu bŭrbuat baik, lagi mŭnanggong sŭngsara juga, maka itulah yang dipŭrkŭnankan Allah. Maka dŭngan hal yang dŭmkianlah kamu tŭlah dijŭmpot: kŭrna Almasih pun tŭlah mŭrasai sŭngsara sŭbab kami, iya mŭninggalkan bagie kami suatu tauladan supaya bulih kamu mŭngikot kŭsannya
1 PETRUS 2:18-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Hamba, berserahlah kepada tuanmu dengan penuh hormat, bukan tuan yang baik dan lemah lembut sahaja, tetapi yang kejam juga. Kamu layak dipuji jika kerana Allah kamu tabah menanggung derita akibat perlakuan yang tidak adil. Apakah istimewanya jika kamu menerima dengan sabar apabila dipukul kerana kesalahanmu? Tetapi apabila kamu berbuat baik lalu menderita, jika kamu menerimanya dengan sabar, maka kamu terpuji di mata Allah. Justeru inilah kamu telah dipanggil, kerana Kristus juga menderita untuk kita, memberi kita teladan, supaya kita menurut jejak langkah-Nya.