1 PETRUS 2:13-15
1 PETRUS 2:13-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Demi Tuhan, hendaklah kamu taat kepada pemerintah, baik kepada Kaisar yang menjadi penguasa yang terutama, mahupun kepada gabenor yang dilantik oleh Kaisar untuk menghukum orang jahat, dan untuk memuji orang yang berbuat baik. Allah mahu kamu melakukan perbuatan baik supaya orang yang bercakap bodoh tidak berpeluang memfitnah kamu.
1 PETRUS 2:13-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Talokkanlah dirimu kapada sagala undang undang manusia kŭrna Tuhan, baik kapada raja, spŭrti sa’orang yang tŭrlebih bŭsar; Atau kapada pŭmrentah pŭmrentah, spŭrti orang orang yang disurohkannya akan mŭnghukumkan sagala orang yang bŭrbuat jahat, dan akan mŭmuji sagala orang yang bŭrbuat baik. Kŭrna dŭmkianlah dikahandaki Allah, supaya dŭngan bŭrbuat baik itu, kamu bulih mŭndiamkan bodohnya sagala orang yang bŭbal
1 PETRUS 2:13-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Demi Tuhan berserahlah kepada pemerintah dalam kerajaan manusia, baik raja sebagai pemerintah tertinggi mahupun para penguasa yang dilantiknya untuk menghukum orang yang berbuat jahat dan menghargai orang yang berbuat baik. Inilah kehendak Allah, bahawa dengan berbuat baik kamu menutup mulut orang jahil dan bodoh yang hendak mengatamu.