1 PETRUS 2:11-24
1 PETRUS 2:11-24 Alkitab Berita Baik (BM)
Sahabat-sahabatku, kamu seperti orang asing dan orang pelarian di dunia ini! Oleh itu, aku menggesa kamu supaya tidak menuruti hawa nafsu manusia, yang sentiasa berlawanan dengan jiwa. Kelakuan kamu antara orang yang tidak mengenal Allah, hendaklah begitu baik sehingga apabila mereka menuduh kamu sebagai orang jahat, mereka terpaksa mengakui perbuatan kamu yang baik, dan memuji Allah pada hari Allah datang untuk menghukum orang. Demi Tuhan, hendaklah kamu taat kepada pemerintah, baik kepada Kaisar yang menjadi penguasa yang terutama, mahupun kepada gabenor yang dilantik oleh Kaisar untuk menghukum orang jahat, dan untuk memuji orang yang berbuat baik. Allah mahu kamu melakukan perbuatan baik supaya orang yang bercakap bodoh tidak berpeluang memfitnah kamu. Hiduplah sebagai orang bebas, tetapi jangan gunakan kebebasan kamu untuk menutupi kejahatan, melainkan hiduplah sebagai abdi Allah. Hormatilah semua orang, kasihilah sesama saudara seiman, takutlah akan Allah, dan hormatilah Kaisar. Hamba, taatlah kepada tuan kamu, dan hormati mereka dengan sepenuhnya, bukan sahaja mereka yang baik hati dan bertimbang rasa, tetapi juga mereka yang kejam. Allah akan memberkati kamu, jika kamu dengan tabah menanggung perlakuan yang tidak adil kerana kamu tahu akan kehendak Allah. Apakah keistimewaannya, jika kamu menanggung hukuman yang memang harus kamu tanggung kerana bersalah? Tetapi jika kamu tabah menanggung penderitaan apabila dihukum kerana melakukan yang benar, Allah akan memberkati kamu. Untuk hal inilah Allah memanggil kamu, kerana Kristus sendiri sudah menanggung penderitaan untuk kamu, dan memberi kamu satu teladan, supaya kamu mengikut jejak-Nya. Dia tidak pernah berdosa dan sesiapa pun tidak pernah mendengar Dia berdusta. Apabila Dia dicerca, Dia tidak membalas dengan cercaan. Pada waktu Dia menanggung penderitaan, Dia tidak mengancam orang, tetapi Dia mempercayakan diri kepada Allah, Hakim yang adil itu. Kristus sendiri memikul dosa kita pada tubuh-Nya di kayu salib, supaya kita bebas daripada kuasa dosa, lalu hidup menurut kehendak Allah. Luka-luka Kristuslah yang menyembuhkan kamu.
1 PETRUS 2:11-24 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭkasih yang indah, kamu spŭrti orang orang dagang, dan orang orang pŭrjalanan, kupohonkanlah kiranya lŭpaskanlah dirimu deripada hawa nafsu dunia, yang ada bŭrprang dŭngan jiwa itu. Maka sŭbab ada klakuanmu tulos diantara orang orang sŭsat itu: maka pada masa diumpat orang akan kamu sa’olah olah kamu orang jahat, bulihlah marika itu mŭmuliakan Allah pada hari pŭrtŭmuan, tŭtkala dilihatnya sagala pŭkŭrjaanmu yang baik itu. Talokkanlah dirimu kapada sagala undang undang manusia kŭrna Tuhan, baik kapada raja, spŭrti sa’orang yang tŭrlebih bŭsar; Atau kapada pŭmrentah pŭmrentah, spŭrti orang orang yang disurohkannya akan mŭnghukumkan sagala orang yang bŭrbuat jahat, dan akan mŭmuji sagala orang yang bŭrbuat baik. Kŭrna dŭmkianlah dikahandaki Allah, supaya dŭngan bŭrbuat baik itu, kamu bulih mŭndiamkan bodohnya sagala orang yang bŭbal: Spŭrti orang orang bibas, tŭtapi janganlah pakiekan kabibasanmu itu mŭnjadi suatu baju slimut yang mŭnudongkan kajahatan, mŭlainkan spŭrti kaum Allah. Hormatilah akan sagala orang. Kasihlah akan sagala saudara. Takot akan Allah. Hormatilah akan raja. Hamba hamba, talokkanlah dirimu kapada tuanmu dŭngan takot; bukannya kapada yang baik dan lŭmah lŭmbut sahja, mŭlainkan kapada yang angkara pula. Kŭrna shukorlah, jikalau kiranya sa’orang kŭrna bŭrangan angan kapada Allah mŭnahani susah, dan mŭrasai sakit dŭngan tiada sŭbŭnarnya. Apakah kamŭgahannya, jikalau kamu sabar, sŭbab kasalahanmu, dipalu orang? tŭtapi jikalau kamu sabar, apabila kamu bŭrbuat baik, lagi mŭnanggong sŭngsara juga, maka itulah yang dipŭrkŭnankan Allah. Maka dŭngan hal yang dŭmkianlah kamu tŭlah dijŭmpot: kŭrna Almasih pun tŭlah mŭrasai sŭngsara sŭbab kami, iya mŭninggalkan bagie kami suatu tauladan supaya bulih kamu mŭngikot kŭsannya: Kŭrna iya tiada bŭrdosa, atau tipu pun tiada didapati deripada mulotnya: Maka tŭtkala dimaki orang, tiada iya mŭmbalas pula, dan tŭtkala iya mŭrasai sŭngsara, tiada iya mŭngugot orang; tŭtapi iya tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya kapada Allah, yang mŭnghukumkan dŭngan adilnya: Bahwa Isa sŭndiri pun tŭlah mŭmikol dosa dosa kami ditubohnya diatas tiang kayu, supaya kami, sŭbab matikan diri deripada dosa, bulih hidop dalam kabŭnaran: maka ulih kŭrna bilornya kamu tŭlah disŭmbohkan.
1 PETRUS 2:11-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudara yang kukasihi, aku merayu kepadamu sebagai orang asing dan pendatang di dunia, jauhilah hawa nafsu yang sentiasa menyerang jiwa. Amalkan kelakuan yang mulia, maka apabila orang di kelilingmu yang tidak mengenal Allah mengata kamu berbuat jahat, mereka tetap melihat perbuatanmu yang baik lalu memuliakan Allah pada waktu Tuhan datang kembali. Demi Tuhan berserahlah kepada pemerintah dalam kerajaan manusia, baik raja sebagai pemerintah tertinggi mahupun para penguasa yang dilantiknya untuk menghukum orang yang berbuat jahat dan menghargai orang yang berbuat baik. Inilah kehendak Allah, bahawa dengan berbuat baik kamu menutup mulut orang jahil dan bodoh yang hendak mengatamu. Hiduplah dengan bebas, tetapi jangan gunakan kebebasan untuk menutup maksiat. Hiduplah sebagai hamba Allah. Hormati semua orang: Kasihi saudara-saudara seimanmu, takuti Allah, dan hormati raja. Hamba, berserahlah kepada tuanmu dengan penuh hormat, bukan tuan yang baik dan lemah lembut sahaja, tetapi yang kejam juga. Kamu layak dipuji jika kerana Allah kamu tabah menanggung derita akibat perlakuan yang tidak adil. Apakah istimewanya jika kamu menerima dengan sabar apabila dipukul kerana kesalahanmu? Tetapi apabila kamu berbuat baik lalu menderita, jika kamu menerimanya dengan sabar, maka kamu terpuji di mata Allah. Justeru inilah kamu telah dipanggil, kerana Kristus juga menderita untuk kita, memberi kita teladan, supaya kita menurut jejak langkah-Nya. “Dia tidak melakukan dosa, dan tidak ada tipu daya dalam mulut-Nya.” Apabila Dia dicela, Dia tidak mencela kembali. Apabila Dia menderita, Dia tidak mengugut, tetapi menyerahkan diri-Nya kepada Allah yang menghakimi dengan adil. Dia menanggung dosa kita dalam tubuh-Nya sendiri di kayu salib, supaya kita mati terhadap dosa dan hidup untuk perbenaran. Luka-luka-Nya telah menyembuhkan kamu.