1 PETRUS 2:11-17
1 PETRUS 2:11-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Sahabat-sahabatku, kamu seperti orang asing dan orang pelarian di dunia ini! Oleh itu, aku menggesa kamu supaya tidak menuruti hawa nafsu manusia, yang sentiasa berlawanan dengan jiwa. Kelakuan kamu antara orang yang tidak mengenal Allah, hendaklah begitu baik sehingga apabila mereka menuduh kamu sebagai orang jahat, mereka terpaksa mengakui perbuatan kamu yang baik, dan memuji Allah pada hari Allah datang untuk menghukum orang. Demi Tuhan, hendaklah kamu taat kepada pemerintah, baik kepada Kaisar yang menjadi penguasa yang terutama, mahupun kepada gabenor yang dilantik oleh Kaisar untuk menghukum orang jahat, dan untuk memuji orang yang berbuat baik. Allah mahu kamu melakukan perbuatan baik supaya orang yang bercakap bodoh tidak berpeluang memfitnah kamu. Hiduplah sebagai orang bebas, tetapi jangan gunakan kebebasan kamu untuk menutupi kejahatan, melainkan hiduplah sebagai abdi Allah. Hormatilah semua orang, kasihilah sesama saudara seiman, takutlah akan Allah, dan hormatilah Kaisar.
1 PETRUS 2:11-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭkasih yang indah, kamu spŭrti orang orang dagang, dan orang orang pŭrjalanan, kupohonkanlah kiranya lŭpaskanlah dirimu deripada hawa nafsu dunia, yang ada bŭrprang dŭngan jiwa itu. Maka sŭbab ada klakuanmu tulos diantara orang orang sŭsat itu: maka pada masa diumpat orang akan kamu sa’olah olah kamu orang jahat, bulihlah marika itu mŭmuliakan Allah pada hari pŭrtŭmuan, tŭtkala dilihatnya sagala pŭkŭrjaanmu yang baik itu. Talokkanlah dirimu kapada sagala undang undang manusia kŭrna Tuhan, baik kapada raja, spŭrti sa’orang yang tŭrlebih bŭsar; Atau kapada pŭmrentah pŭmrentah, spŭrti orang orang yang disurohkannya akan mŭnghukumkan sagala orang yang bŭrbuat jahat, dan akan mŭmuji sagala orang yang bŭrbuat baik. Kŭrna dŭmkianlah dikahandaki Allah, supaya dŭngan bŭrbuat baik itu, kamu bulih mŭndiamkan bodohnya sagala orang yang bŭbal: Spŭrti orang orang bibas, tŭtapi janganlah pakiekan kabibasanmu itu mŭnjadi suatu baju slimut yang mŭnudongkan kajahatan, mŭlainkan spŭrti kaum Allah. Hormatilah akan sagala orang. Kasihlah akan sagala saudara. Takot akan Allah. Hormatilah akan raja.
1 PETRUS 2:11-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudara yang kukasihi, aku merayu kepadamu sebagai orang asing dan pendatang di dunia, jauhilah hawa nafsu yang sentiasa menyerang jiwa. Amalkan kelakuan yang mulia, maka apabila orang di kelilingmu yang tidak mengenal Allah mengata kamu berbuat jahat, mereka tetap melihat perbuatanmu yang baik lalu memuliakan Allah pada waktu Tuhan datang kembali. Demi Tuhan berserahlah kepada pemerintah dalam kerajaan manusia, baik raja sebagai pemerintah tertinggi mahupun para penguasa yang dilantiknya untuk menghukum orang yang berbuat jahat dan menghargai orang yang berbuat baik. Inilah kehendak Allah, bahawa dengan berbuat baik kamu menutup mulut orang jahil dan bodoh yang hendak mengatamu. Hiduplah dengan bebas, tetapi jangan gunakan kebebasan untuk menutup maksiat. Hiduplah sebagai hamba Allah. Hormati semua orang: Kasihi saudara-saudara seimanmu, takuti Allah, dan hormati raja.