1 PETRUS 1:8-9
1 PETRUS 1:8-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu mengasihi Dia meskipun kamu belum pernah melihat Dia. Kamu percaya kepada-Nya meskipun sekarang kamu tidak melihat Dia. Oleh itu, kegembiraan yang kamu alami itu sungguh besar, mulia, dan tidak terkata. Hal itu demikian kerana kamu menerima penyelamatan jiwa kamu, iaitu tujuan kepercayaan kamu kepada Kristus.
1 PETRUS 1:8-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Yang bŭlom pŭrna kŭlihatan, kamu kasih juga; maka kapadanya, mŭskipun skarang tiada kamu lihat akan dia, tŭtapi pŭrchaya juga, maka suka chitalah kamu dŭngan suka chita yang tiada dapat dikata katakan, sŭrta pŭnohlah dŭngan kamuliaan; Akan mŭnŭrima kasudahan iman kamu, iya itu slamat jiwamu.
1 PETRUS 1:8-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu mengasihi-Nya walaupun belum pernah melihat-Nya. Kamu percaya kepada-Nya tanpa melihat-Nya. Oleh itu, kamu merasai kebahagiaan yang tidak terkata dan penuh dengan kemuliaan kerana kamu akan mencapai matlamat imanmu, iaitu penyelamatan jiwamu.