1 PETRUS 1:22-25
1 PETRUS 1:22-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana kamu mentaati ajaran benar daripada Allah, kamu menjadi suci dan kamu mengasihi sesama saudara seiman dengan ikhlas. Oleh itu, hendaklah kamu saling mengasihi dengan sepenuh hati. Melalui firman Allah yang hidup dan kekal, kamu sudah dilahirkan kembali, bukan oleh manusia, tetapi oleh Bapa yang kekal. Di dalam Alkitab tertulis, “Umat manusia bagaikan rumput, dan segala kemuliaan mereka seperti bunga rumput. Rumput layu, bunga pun gugur; tetapi firman Tuhan kekal selama-lamanya.” Firman itu Berita Baik yang diisytiharkan kepada kamu.
1 PETRUS 1:22-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tampaknya kamu tŭlah mŭnyuchikan jiwamu dŭngan mŭnurot kabŭnaran itu ulih bŭrkat Roh, sampie bŭrkasih kasihanlah yang tiada pura pura kapada saudara bŭrsaudara itu; maka handaklah kamu bŭrkasih kasihan sa’orang akan sa’orang dŭngan hati pŭrsih sŭrta yakin. Sŭbab kamu ini tŭlah dipranakkan pula, bukannya deripada bŭnih yang kabinasaan, mŭlainkan tiada kabinasaan, iya itu ulih pŭrkataan Allah yang hidop, dan tŭtap slama lamanya. Kŭrna sagala ka’adaan manusia itu spŭrti rumpot adanya, maka sagala kamuliaan manusia itupun spŭrti bunga rumpot juga adanya; maka rumpot rumpotan itu kŭlak layulah, dan bunganya itupun lurohlah adanya. Tŭtapi pŭrkataan Tuhan itu kŭkal slama lamanya. Maka inilah dia pŭrkataan itu yang tŭlah diajarkan pada kamu dalam Injil.
1 PETRUS 1:22-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh sebab kamu telah menyucikan jiwamu dalam mematuhi kebenaran supaya kamu mempunyai kasih persaudaraan yang ikhlas, maka kasihilah satu sama lain dengan sepenuh perasaan dan suci hati; kerana kamu telah dilahirkan semula, bukan daripada benih yang dapat dibinasakan tetapi daripada yang tidak mungkin dimusnahkan, melalui firman Allah yang hidup kekal selama-lamanya. Kerana, “Semua manusia umpama rumput, dan segala kemuliaannya umpama bunga di padang; rumput layu, dan bunga gugur, tetapi firman Tuhan kekal selama-lamanya.” Inilah firman yang disampaikan kepadamu.