1 PETRUS 1:14-16
1 PETRUS 1:14-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Taatlah kepada Allah, dan jangan hidup menurut keinginan kamu yang dahulu, ketika kamu masih belum mengenal Allah. Sebaliknya, hendaklah kamu suci dalam segala sesuatu yang kamu lakukan, sebagaimana Allah yang memanggil kamu itu suci. Di dalam Alkitab tertulis, “Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci.”
1 PETRUS 1:14-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Spŭrti kanak kanak yang mŭnurot prentah, janganlah kamu mŭnurotkan tauladan hawa nafsumu yang dahulu kala, tŭtkala kamu dalam bŭbal; Tŭtapi spŭrti Tuhan yang mŭnjŭmpot kamu itu suchi, dŭmkianlah handaknya kamu pun suchi adanya dalam sagala jŭnis klakuanmu. Sŭbab sudah tŭrsurat, Suchilah kamu, kŭrna aku ini pun suchi adanya.
1 PETRUS 1:14-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jadilah anak-anak yang taat akan Allah, dan janganlah hidup mengikut nafsumu seperti dahulu, sebelum kamu mengenal-Nya. Pastikanlah segala perbuatanmu suci, sebagaimana Tuhan yang memanggilmu itu suci. Ada tersurat dalam Kitab Suci, “Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci.”