1 PETRUS 1:12-21
1 PETRUS 1:12-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah memberitahu nabi-nabi itu bahawa apa yang dilakukan mereka bukanlah untuk kepentingan mereka sendiri, tetapi untuk kepentingan kamu. Perkara-perkara yang disampaikan oleh nabi-nabi itu, sekarang telah kamu dengar daripada mereka yang menyampaikan Berita Baik itu. Mereka mengisytiharkannya kepada kamu dengan kuasa Roh Allah yang dikirim dari syurga. Bahkan malaikat-malaikat pun ingin memahami semua perkara itu. Oleh itu, hendaklah kamu bersiap sedia. Berwaspadalah dan berharaplah dengan sepenuhnya akan berkat yang diberikan kepada kamu apabila Yesus Kristus datang kembali. Taatlah kepada Allah, dan jangan hidup menurut keinginan kamu yang dahulu, ketika kamu masih belum mengenal Allah. Sebaliknya, hendaklah kamu suci dalam segala sesuatu yang kamu lakukan, sebagaimana Allah yang memanggil kamu itu suci. Di dalam Alkitab tertulis, “Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci.” Kamu memanggil Allah itu Bapa, apabila kamu berdoa kepada-Nya. Dia Allah yang menghakimi manusia menurut perbuatan masing-masing dan Dia tidak berat sebelah. Oleh itu hendaklah kamu menghormati Dia selama kamu hidup di dunia. Kamu mengetahui apa yang telah dibayarkan untuk membebaskan kamu daripada kehidupan sia-sia yang kamu warisi daripada nenek moyang kamu. Bayarannya bukanlah sesuatu yang dapat dimusnahkan seperti perak atau emas, tetapi korban yang sangat berharga, iaitu Kristus sendiri, yang menjadi seperti domba yang tidak bercacat cela. Dia dipilih oleh Allah sebelum dunia ini diciptakan. Oleh itu menjelang akhir zaman ini, Dia datang untuk menyelamatkan kamu. Melalui Dialah kamu percaya kepada Allah, yang sudah membangkitkan Dia daripada kematian dan memuliakan-Nya. Oleh itu, sekarang kamu percaya kepada Allah dan berharap kepada-Nya dengan sepenuhnya.
1 PETRUS 1:12-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Pada marika itu tŭlah dinyatakannya, bahwa bukannya bagie marika itu sŭndiri, mŭlainkan bagie kami pun marika itu tŭlah bŭrsabda akan sagala pŭrkara itu, yang skarang dimashorkan padamuulih orang yang tŭlah mŭngajarkan Injil itu kapada kamu dŭngan bŭrkat Roh Alkudos, yang tŭlah dituronkan deri shorga; iya itu pŭrkara pŭrkara yang dikahandaki ulih mŭliekat mŭliekat akan mŭngatahui dia. Maka sŭbab itulah ikatlah ulihmu pinggang ingatanmu, jagalah, sŭrta harap sampie kapada kasudahan, akan anugrah yang akan dibawakan kŭlak padamu pada masa kanyataan Isa Almasih; Spŭrti kanak kanak yang mŭnurot prentah, janganlah kamu mŭnurotkan tauladan hawa nafsumu yang dahulu kala, tŭtkala kamu dalam bŭbal; Tŭtapi spŭrti Tuhan yang mŭnjŭmpot kamu itu suchi, dŭmkianlah handaknya kamu pun suchi adanya dalam sagala jŭnis klakuanmu. Sŭbab sudah tŭrsurat, Suchilah kamu, kŭrna aku ini pun suchi adanya. Dan jikalau kiranya kamu bŭrdoa kapada Ayah itu, yang mŭnghukumkan orang masing masing kŭdar pŭrbuatannya dŭngan tiada mŭngindahkan muka orang, jalankanlah umor pŭrsinggaanmu disini dŭngan takot adanya. Kŭrna spŭrti yang kamu kŭtahui, maka bukannya kamu tŭlah ditŭbus dŭngan pŭrkara pŭrkara yang akan binasa, spŭrti mas perak, deripada klakuanmu yang sia sia, yang tŭlah turon tŭmuron deripada adat nenek moyang kamu itu, Mŭlainkan dŭngan darah Almasih yang indah itu, iya itu spŭrti sa’ekor anak domba yang tiada bŭrchŭla, dan tiada bŭrchachat adanya. Maka sŭsungguhnya iya tŭlah ditŭntukan dahulu deri pada pŭrmulaan dunia, tŭtapi tŭlah dinyatakan pada masa yang akhir ini deri kŭrna kamu. Maka kamu pŭrchaya, ulih sŭbab Isa, akan Allah yang tŭlah mŭnghidopkan dia deripaba matinya, dan tŭlah mŭngurniakan padanya kamuliaan, supaya iman dan harap kamu itu pun tŭtaplah kapada Allah adanya.
1 PETRUS 1:12-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Allah telah menyatakan kepada nabi-nabi bahawa segala yang dilakukan oleh mereka itu bukan untuk mereka tetapi untuk kita. Sekarang perkara yang disampaikan oleh nabi-nabi itu telah kamu dengar melalui Injil yang diisytiharkan dengan kuasa Roh Kudus dari syurga. Para malaikat juga ingin mengerti perkara itu. Oleh yang demikian, bersedialah dengan akal budimu, berjaga-jaga dan sandarkanlah harapan kepada kasih kurnia yang akan kamu terima apabila Yesus Kristus menyatakan diri-Nya kelak. Jadilah anak-anak yang taat akan Allah, dan janganlah hidup mengikut nafsumu seperti dahulu, sebelum kamu mengenal-Nya. Pastikanlah segala perbuatanmu suci, sebagaimana Tuhan yang memanggilmu itu suci. Ada tersurat dalam Kitab Suci, “Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci.” Jika kamu berdoa kepada Allah Bapa, yang menghakimi manusia dengan adil menurut perbuatan masing-masing, maka sepanjang hayatmu di dunia ini takuti dan patuhilah Dia. Kamu mengetahui bahawa untuk membebaskanmu daripada hidup sia-sia warisan nenek moyangmu, tebusannya bukanlah sesuatu yang dapat dibinasakan seperti perak atau emas tetapi darah Kristus yang amat berharga, darah anak domba yang tiada cacat celanya. Dia telah ditetapkan sebelum dunia dicipta, tetapi dinyatakan pada akhir zaman ini untukmu. Melalui-Nya kamu percaya kepada Allah, yang telah membangkitkan-Nya daripada kematian dan memberi-Nya kemuliaan, supaya kamu beriman dan berharap kepada Allah.