1 RAJA-RAJA 8:59-61
1 RAJA-RAJA 8:59-61 Alkitab Berita Baik (BM)
Semoga TUHAN, Allah kita, sentiasa ingat akan doa dan permintaan yang beta sampaikan kepada-Nya ini. Semoga Dia sentiasa mengasihani umat-Nya Israel dan raja mereka, dengan memberi mereka apa yang diperlukan setiap hari. Dengan demikian semua bangsa di bumi akan tahu bahawa TUHAN sahaja Allah, dan tiada yang lain. Semoga kamu umat-Nya sentiasa setia kepada TUHAN, Allah kita, sambil taat kepada semua hukum dan perintah-Nya seperti yang kamu lakukan pada hari ini.”
1 RAJA-RAJA 8:59-61 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Biarlah kata-kataku ini, yang telah kumohon di hadapan TUHAN, tetap dekat kepada TUHAN, Allah kita, siang dan malam, supaya Dia membela perkara hamba-Nya serta perkara umat-Nya Israel, sebagaimana diperlukan hari demi hari. Dengan demikian, segala suku bangsa di bumi ini dapat mengetahui bahawa TUHAN ialah Allah, dan tidak ada yang lain. Biarlah hatimu tulus kepada TUHAN, Allah kita, sehingga kamu hidup menurut segala ketetapan-Nya dan berpegang teguh pada segala perintah-Nya, seperti pada hari ini.”