1 YOHANES 5:6-12
1 YOHANES 5:6-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus Kristuslah yang datang ke dunia dengan air baptisan-Nya dan dengan darah kematian-Nya. Dia datang bukan dengan air sahaja, tetapi dengan air dan darah. Roh Allah sendiri memberikan kesaksian bahawa hal itu benar, kerana Roh tidak pernah berdusta. Ada tiga saksi: Roh Allah, air dan darah; dan ketiga-tiganya memberikan kesaksian yang sama. Kita percaya kepada kesaksian manusia; tetapi kesaksian Allah lebih kuat lagi. Itulah kesaksian yang diberikan oleh Allah tentang Anak-Nya. Oleh itu, sesiapa yang percaya kepada Anak Allah, mempunyai kesaksian itu di dalam hatinya. Tetapi sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, menjadikan Allah pendusta, kerana orang itu tidak percaya kepada apa yang difirmankan Allah tentang Anak-Nya. Inilah kesaksian itu: Allah sudah memberi kita hidup sejati dan kekal, dan hidup itu berasal daripada Anak-Nya. Sesiapa yang mempunyai Anak Allah, mempunyai hidup itu; dan sesiapa yang tidak mempunyai Anak Allah, tidak mempunyai hidup itu.
1 YOHANES 5:6-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka inilah dia yang tŭlah datang dŭngan tandah ayer dan darah, iya itu Almasih; bahwa bukannya dŭngan ayer sahja, mŭlainkan dŭngan tandah ayer dan darah, maka Roh itu juga yang bŭrsaksi, sŭbab Roh itu bŭnar adanya. Kŭrna ada tiga yang bŭrsaksi dalam shorga, iya itu Ayah, dan Kalimah, dan Roh Alkudus, maka katiga itu satu adanya. Dan ada tiga yang mŭnjadi saksi diatas bumi ini, iya itu Roh, dan ayer, dan darah itu: maka katiga inilah stuju dalam satu. Maka jikalau kiranya kami mŭnŭrima saksi manusia itu, maka saksi Allah itu tŭrlebih bŭsar adanya: kŭrna inilah saksi Allah yang tŭlah disaksikannya deri hal anaknya itu. Maka barang sa’orang yang pŭrchaya akan anak Allah itu, adalah saksi itu dalam dirinya sŭndiri: maka barang siapa yang tiada pŭrchaya akan Allah dijadikannya akan dia pŭmbohong; ulih sŭbab iya tiada pŭrchaya akan saksi yang tŭlah disaksikan Allah deri hal anaknya itu. Maka inilah saksi itu, bahwa Allah tŭlah mŭngurniakan pada kami hayat kŭkal, adapun hayat ini ada dalam anaknya itu. Maka barang sa’orang yang ada padanya anak itu, maka adalah padanya hayat itupun; maka barang sa’orang tiada padanya anak Allah itu, tiadalah padanya hayat itu pun.
1 YOHANES 5:6-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus Kristus telah datang ke dunia dengan air dan darah. Dia datang bukan dengan air sahaja tetapi dengan air dan darah. Roh itulah yang bersaksi kerana Roh ialah kebenaran. Ada tiga yang memberikan kesaksian: Roh Kudus, air dan darah, ketiga-tiganya memberikan kesaksian yang sama. Jika kita percaya akan kesaksian manusia, maka kesaksian Allah lebih kuat lagi kerana inilah kesaksian yang diberikan Allah tentang Anak-Nya. Oleh yang demikian, sesiapa yang percaya kepada Anak Allah menyimpan kesaksian itu dalam dirinya. Sebaliknya, sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, maka dia menuduh Allah itu pendusta kerana dia tidak percaya akan kesaksian-Nya tentang Anak-Nya. Kesaksian itu ialah: Allah memberi kita hidup yang kekal dan hidup ini ada di dalam Anak-Nya. Sesiapa yang memperoleh Anak itu, memperoleh hidup itu. Dan sesiapa yang tidak memperoleh Anak Allah, tidak memperoleh hidup itu.