1 YOHANES 5:1-5
1 YOHANES 5:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sesiapa percaya bahawa Yesus ialah Kristus, maka orang itu lahir daripada Allah. Sesiapa mengasihi Bapa mengasihi anak-Nya juga. Dengan demikianlah kita tahu bahawa kita mengasihi anak-anak Allah apabila kita mengasihi Allah dan mentaati perintah-Nya. Jika kita mengasihi Allah, maka kita taat akan perintah Allah. Tidak sukar bagi kita untuk taat akan perintah-Nya, kerana sesiapa yang lahir daripada Allah menewaskan dunia. Inilah kemenangan yang mengalahkan dunia, iaitu iman kita. Siapakah yang dapat menewaskan dunia? Hanya orang yang percaya bahawa Yesus Anak Allah.
1 YOHANES 5:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Sesiapa percaya bahawa Kristus Penyelamat yang diutus oleh Allah, orang itu anak Allah. Sesiapa yang mengasihi seorang bapa, mengasihi anak bapa itu juga. Inilah caranya kita tahu bahawa kita mengasihi anak-anak Allah: Kita mengasihi Allah dan kita mentaati perintah-Nya. Apabila kita mentaati perintah Allah, maka kita mengasihi Allah. Perintah-Nya pun tidak terlalu susah bagi kita, kerana setiap anak Allah dapat mengalahkan dunia ini. Kita mengalahkan dunia ini dengan iman kita. Siapakah dapat mengalahkan dunia ini? Hanya orang yang percaya bahawa Yesus Anak Allah.
1 YOHANES 5:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA barang siapa yang pŭrchaya bahwa Isa itulah Almasih adanya, maka orang itulah tŭlah dipranakkan deri pada Allah; maka masing masing orang yang mŭngasihi dia yang tŭlah mŭmpranakkan itu, sŭrasa iya mŭngasihi akan dia yang tŭlah dipranakkan deri padanya. Maka dŭngan inilah kami mŭngatahui, bahwa kami mŭngasihi akan anak anak Allah itu, apabila kami mŭngasihi akan Allah sŭrta mŭmliharakan sagala hukumannya. Kŭrna inilah dia kasih Allah, tŭgal kami mŭmliharakan hukum hukumannya; adapun hukum hukumannya itu tiadalah sukar adanya. Kŭrna barang siapa yang dipŭranakkan Allah, iyalah mŭngalahkan dunia; maka inilah kamŭnangan yang mŭngalahkan dunia itu, iya itu iman kami. Siapakah orang itu yang tŭlah mŭngalahkan dunia ini? mŭlainkan dia yang pŭrchaya bahwa Isa itu Anak Allah adanya.