1 YOHANES 4:7-8
1 YOHANES 4:7-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Sahabat-sahabat yang aku kasihi, marilah kita saling mengasihi kerana kasih berasal daripada Allah. Sesiapa yang saling mengasihi, mengenal Allah dan dia anak Allah. Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, tidak mengenal Allah kerana Allah itu kasih.
1 YOHANES 4:7-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭkasih, biarlah kami mŭngasihi sa’orang akan sa’orang: kŭrna kasih itu deripada Allah; dan barang siapa yang mŭngasihi iya itulah tŭlah dipranakkan ulih Allah, dan mŭngatahui akan Allah. Dan barang siapa yang tiada mŭngasihi itu iya tiada mŭngŭnal akan Allah; kŭrna Allah itulah kasih adanya.
1 YOHANES 4:7-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudara yang kukasihi, marilah kita kasih-mengasihi kerana kasih itu datang daripada Allah. Sesiapa yang kasih-mengasihi lahir daripada Allah dan mereka mengenal Allah. Sesiapa yang tidak mengasihi sesama manusia tidak mengenal Allah kerana Allah itu kasih.