1 YOHANES 4:2-4
1 YOHANES 4:2-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Inilah caranya kamu boleh mengetahui sama ada roh itu Roh Allah atau tidak: Sesiapa mengakui Yesus Kristus datang ke dunia sebagai manusia, orang itu mempunyai Roh yang datang daripada Allah. Tetapi sesiapa menafikan hal ini tentang Yesus, orang itu tidak mempunyai Roh Allah. Orang itu mempunyai roh daripada Musuh Kristus. Kamu sudah mendengar bahawa roh itu akan datang, dan sekarang roh itu sudah di dunia ini. Tetapi anak-anakku, kamu milik Allah. Kamu sudah mengalahkan nabi-nabi palsu itu, kerana Roh yang ada pada kamu lebih berkuasa daripada roh yang ada pada orang milik dunia ini.
1 YOHANES 4:2-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dŭngan hal inilah kamu mŭngŭnal akan Roh Allah, bahwa sagala: roh yang mŭngaku Isa Almasih tŭlah datang dŭngan pri manusia, iya itulah deripada Allah adanya. Dan sagala roh yang tiada mŭngaku Isa Almasih tŭlah datang dŭngan pri manusia itu, maka iya itu bukannya deripada Allah; maka inilah roh yang lawanan Almasih, yang tŭlah kamu mŭnŭngar iya kŭlak datang, maka skarang inipun adalah iya dalam dunia. Anak kŭchil kŭchil, kamu inilah deripada Allah, dan kamu tŭlah mŭnang atas marika itu, sŭbab tŭrlebih bŭsarlah adanya yang didalammu itu deripada yang ada dalam dunia.
1 YOHANES 4:2-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Untuk memastikan sama ada roh itu Roh Allah, inilah caranya: Jika roh itu mengakui bahawa Yesus Kristus telah datang ke dunia sebagai manusia, maka roh itu datang daripada Allah. Tetapi jika roh itu menolak hakikat tentang Yesus ini, nyatalah roh itu bukan daripada Allah tetapi daripada dajal, penentang Kristus. Kamu sudah mendengar bahawa roh itu akan muncul. Sekarang roh itu sudah pun ada di dunia ini. Namun demikian, anak-anakku, kamu milik Allah. Kamu telah menewaskan nabi-nabi palsu itu, kerana roh yang ada padamu lebih berkuasa daripada roh yang ada di dalam dunia.