1 YOHANES 4:18-19
1 YOHANES 4:18-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang yang menikmati kasih Allah tidak mengenal perasaan takut, kerana kasih yang sempurna melenyapkan segala perasaan takut. Oleh itu, orang yang belum menikmati kasih Allah dengan sempurna, akan takut menghadapi hukuman pada Hari Kiamat. Kita mengasihi orang lain, kerana Allah mengasihi kita terlebih dahulu.
1 YOHANES 4:18-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tiadalah takot dalam kasih, tŭtapi kasih yang samporna itu mŭnolakkan takot itu, kŭrna takot itu mŭngadakan sakit; maka adapun orang yang takot itu tiadalah iya disampornakan dalam kasih. Maka kami mŭngasihi akan dia itu, sŭbab iya tŭrdahulu mŭngasihi akan kami.
1 YOHANES 4:18-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna menghilangkan segala rasa takut kerana ketakutan ada kaitan dengan hukuman. Dengan demikian, orang yang takut belum mengenal kasih yang sempurna. Kita mengasihi sesama manusia kerana Tuhan terlebih dahulu mengasihi kita.