1 YOHANES 4:16-17
1 YOHANES 4:16-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Kita sendiri tahu dan benar-benar yakin bahawa Allah mengasihi kita. Allah itu kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi orang lain, hidup bersatu dengan Allah, dan Allah hidup bersatu dengan dia. Kasih disempurnakan dalam diri kita, supaya kita beroleh keberanian pada Hari Kiamat kelak. Kita tentu akan mempunyai keberanian, kerana hidup kita di dunia ini seperti hidup Kristus.
1 YOHANES 4:16-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kami tŭlah sudah mŭngŭnal sŭrta pŭrchaya akan kasih itu yang tŭlah ditarohkan Allah bagie kami, maka Allah itu kasih adanya; dan barang sa’orang yang dudok dalam kasih itu maka iyalah dalam Allah adanya, dan Allah itupun dalamnya. Maka dŭmkianlah kasih kami itu tŭlah samporna adanya, supaya kŭlak kami mŭndapat brani pada hari kiamat: bahwa spŭrti Allah itu, maka dŭmkianlah hal kami dalam dunia inipun.
1 YOHANES 4:16-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kita tahu dan yakin sepenuh hati bahawa Allah mengasihi kita. Allah itu kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi sesama manusia tetap ada di dalam Allah, dan Allah tetap di dalam dia. Dengan cara ini, kasih disempurnakan dalam diri kita supaya kita berani pada Hari Penghakiman nanti kerana hidup kita di dunia ini sama seperti hidup Kristus di dunia.