1 YOHANES 4:14-15
1 YOHANES 4:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Kami sendiri telah melihat Anak Allah dan memberitahu orang lain bahawa Bapa mengutus Anak-Nya untuk menjadi Penyelamat dunia ini. Allah hidup bersatu dengan orang yang mengakui Yesus itu Anak Allah, dan mereka hidup bersatu dengan Allah.
1 YOHANES 4:14-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kami tŭlah sudah mŭlihat dan mŭnjadi saksi, bahwa Ayah itu tŭlah mŭnyurohkan anaknya itu akan mŭnjadi pŭnulong dunia. Maka jikalau barang siapa mŭngaku bahwa Isa itu anak Allah adanya, adalah Allah dalamnya, dan iya pun dalam Allah.
1 YOHANES 4:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kami telah melihat Anak dan menyebarkan berita bahawa Bapa telah menghantar Anak-Nya sebagai Kristus, Penyelamat dunia ini. Sesiapa yang mengakui Yesus itu Anak Allah, nescaya Allah tetap di dalam orang itu dan dia pun di dalam Allah.