1 YOHANES 4:13-19
1 YOHANES 4:13-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana Allah telah mengurniai kita Roh-Nya, kita tahu bahawa kita hidup bersatu dengan Allah dan Allah hidup bersatu dengan kita. Kami sendiri telah melihat Anak Allah dan memberitahu orang lain bahawa Bapa mengutus Anak-Nya untuk menjadi Penyelamat dunia ini. Allah hidup bersatu dengan orang yang mengakui Yesus itu Anak Allah, dan mereka hidup bersatu dengan Allah. Kita sendiri tahu dan benar-benar yakin bahawa Allah mengasihi kita. Allah itu kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi orang lain, hidup bersatu dengan Allah, dan Allah hidup bersatu dengan dia. Kasih disempurnakan dalam diri kita, supaya kita beroleh keberanian pada Hari Kiamat kelak. Kita tentu akan mempunyai keberanian, kerana hidup kita di dunia ini seperti hidup Kristus. Orang yang menikmati kasih Allah tidak mengenal perasaan takut, kerana kasih yang sempurna melenyapkan segala perasaan takut. Oleh itu, orang yang belum menikmati kasih Allah dengan sempurna, akan takut menghadapi hukuman pada Hari Kiamat. Kita mengasihi orang lain, kerana Allah mengasihi kita terlebih dahulu.
1 YOHANES 4:13-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dŭngan hal inilah kami mŭngatahui, bahwa kami ada diam dalamnya, dan iya dalam kami, sŭbab tŭlah dikurniakannya kapada kami Rohnya. Maka kami tŭlah sudah mŭlihat dan mŭnjadi saksi, bahwa Ayah itu tŭlah mŭnyurohkan anaknya itu akan mŭnjadi pŭnulong dunia. Maka jikalau barang siapa mŭngaku bahwa Isa itu anak Allah adanya, adalah Allah dalamnya, dan iya pun dalam Allah. Maka kami tŭlah sudah mŭngŭnal sŭrta pŭrchaya akan kasih itu yang tŭlah ditarohkan Allah bagie kami, maka Allah itu kasih adanya; dan barang sa’orang yang dudok dalam kasih itu maka iyalah dalam Allah adanya, dan Allah itupun dalamnya. Maka dŭmkianlah kasih kami itu tŭlah samporna adanya, supaya kŭlak kami mŭndapat brani pada hari kiamat: bahwa spŭrti Allah itu, maka dŭmkianlah hal kami dalam dunia inipun. Maka tiadalah takot dalam kasih, tŭtapi kasih yang samporna itu mŭnolakkan takot itu, kŭrna takot itu mŭngadakan sakit; maka adapun orang yang takot itu tiadalah iya disampornakan dalam kasih. Maka kami mŭngasihi akan dia itu, sŭbab iya tŭrdahulu mŭngasihi akan kami.
1 YOHANES 4:13-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh sebab Allah telah mengurniakan Roh-Nya kepada kita, tahulah kita bahawa kita tetap ada di dalam Allah dan Allah di dalam kita. Kami telah melihat Anak dan menyebarkan berita bahawa Bapa telah menghantar Anak-Nya sebagai Kristus, Penyelamat dunia ini. Sesiapa yang mengakui Yesus itu Anak Allah, nescaya Allah tetap di dalam orang itu dan dia pun di dalam Allah. Kita tahu dan yakin sepenuh hati bahawa Allah mengasihi kita. Allah itu kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi sesama manusia tetap ada di dalam Allah, dan Allah tetap di dalam dia. Dengan cara ini, kasih disempurnakan dalam diri kita supaya kita berani pada Hari Penghakiman nanti kerana hidup kita di dunia ini sama seperti hidup Kristus di dunia. Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna menghilangkan segala rasa takut kerana ketakutan ada kaitan dengan hukuman. Dengan demikian, orang yang takut belum mengenal kasih yang sempurna. Kita mengasihi sesama manusia kerana Tuhan terlebih dahulu mengasihi kita.