1 YOHANES 3:8-9
1 YOHANES 3:8-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Sesiapa terus-menerus berbuat dosa, dia anak Iblis, kerana Iblis berdosa sejak permulaan. Justeru untuk hal inilah Anak Allah datang bagi memusnahkan pekerjaan Iblis. Sesiapa yang menjadi anak Allah, tidak terus-menerus berbuat dosa kerana sifat Allah sendiri ada padanya. Kerana Allah itu Bapanya, dia tidak dapat terus-menerus berbuat dosa.
1 YOHANES 3:8-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka barang siapa yang bŭrdosa, iyalah deripada iblis, kŭrna iblis itu bŭrdosa deri pada ahwalnya; maka deri sŭbab inilah juga anak Allah itu tŭlah dinyatakan, supaya dibinasakannya pŭrbuatan iblis itu. Adapun barang siapa yang dipranakkan ulih Allah itu, iyalah tiada bŭrdosa, kŭrna bŭnihnya itu tinggal dalamnya, maka tiadalah bulih iya bŭrdosa, kŭrna iyalah tŭrpranak ulih Allah.
1 YOHANES 3:8-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Orang yang terus berbuat dosa itu berasal daripada Iblis, kerana dari mulanya lagi Iblis telah berbuat dosa. Itulah sebabnya Anak Allah datang untuk membinasakan pekerjaan Iblis. Sesiapa yang lahir daripada Allah tidak akan berbuat dosa berterusan kerana benih Allah ada dalam dirinya. Oleh sebab dia lahir daripada Allah, dia tidak mungkin berbuat dosa berterusan.