1 YOHANES 3:7-10
1 YOHANES 3:7-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Anak-anakku, janganlah biarkan sesiapa pun menipu kamu. Sesiapa melakukan kehendak Allah, dia anak Allah, seperti Kristus. Sesiapa terus-menerus berbuat dosa, dia anak Iblis, kerana Iblis berdosa sejak permulaan. Justeru untuk hal inilah Anak Allah datang bagi memusnahkan pekerjaan Iblis. Sesiapa yang menjadi anak Allah, tidak terus-menerus berbuat dosa kerana sifat Allah sendiri ada padanya. Kerana Allah itu Bapanya, dia tidak dapat terus-menerus berbuat dosa. Inilah perbezaan antara anak Allah dengan anak Iblis: Sesiapa tidak melakukan kehendak Allah, atau tidak mengasihi saudaranya, dia bukanlah anak Allah.
1 YOHANES 3:7-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Anak kŭchil kŭchil, bahwa janganlah barang sa’orang mŭnipu akan dikau; maka orang yang bŭrbuat bŭnar itu, iyalah juga bŭnar adanya spŭrti Almasih itu bŭnar adanya. Maka barang siapa yang bŭrdosa, iyalah deripada iblis, kŭrna iblis itu bŭrdosa deri pada ahwalnya; maka deri sŭbab inilah juga anak Allah itu tŭlah dinyatakan, supaya dibinasakannya pŭrbuatan iblis itu. Adapun barang siapa yang dipranakkan ulih Allah itu, iyalah tiada bŭrdosa, kŭrna bŭnihnya itu tinggal dalamnya, maka tiadalah bulih iya bŭrdosa, kŭrna iyalah tŭrpranak ulih Allah. Maka dalam hal inilah nyata sagala anak Allah, dan sagala anak iblis; bahwa barang siapa yang tiada mŭmbuat kabŭnaran, dan tiada iya mŭngasihi akan saudaranya, maka iya itulah yang bukannya deripada Allah.
1 YOHANES 3:7-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Anak-anakku, jangan biarkan sesiapa pun menyesatkanmu. Sesiapa yang melakukan apa yang benar adalah orang yang benar, seperti Kristus. Orang yang terus berbuat dosa itu berasal daripada Iblis, kerana dari mulanya lagi Iblis telah berbuat dosa. Itulah sebabnya Anak Allah datang untuk membinasakan pekerjaan Iblis. Sesiapa yang lahir daripada Allah tidak akan berbuat dosa berterusan kerana benih Allah ada dalam dirinya. Oleh sebab dia lahir daripada Allah, dia tidak mungkin berbuat dosa berterusan. Dengan demikian nyatalah perbezaan antara anak-anak Allah dengan anak-anak Iblis. Orang yang tidak melakukan apa yang benar bukanlah anak Allah, demikian juga orang yang tidak mengasihi saudaranya.