1 YOHANES 3:2-5
1 YOHANES 3:2-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kita sekarang anak-anak Allah, tetapi keadaan kita kelak belum jelas. Tetapi kita tahu bahawa apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti Dia, kerana kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya. Setiap orang yang mempunyai harapan ini kepada Kristus, menjaga dirinya supaya suci, sebagaimana Kristus pun suci. Sesiapa yang berbuat dosa, melanggar hukum Allah, kerana dosa itu pelanggaran terhadap hukum Allah. Kamu tahu bahawa Kristus datang untuk menghapuskan dosa manusia, dan bahawa pada diri-Nya tidak ada dosa.
1 YOHANES 3:2-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭkasih, bahwa skarang inilah kami jadi anak anak Allah, akan tŭtapi bŭlomlah nyata apakah kŭlak kami pun akan jadi: tŭtapi kami tŭlah mŭngatahui, apabila Almasih itu kŭlak akan dinyatakan, maka kami pun akan jadi sŭrupa dŭngan dia, kŭrna kami nanti mŭlihat dia spŭrti adanya. Maka masing masing orang yang ada mŭnaroh harap ini dalamnya iyalah mŭnyuchikan akan dirinya sŭndiri, spŭrti Almasih itupun suchi adanya. Maka barang siapa yang bŭrbuat dosa itu, iyalah bŭrbuat dŭrhaka pada hukum Allah, kŭrna dosa itulah dŭrhaka akan hukum. Maka kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa Isa itu tŭlah dinyatakan, supaya mŭnghapuskan sagala dosa kami, maka dalamnya itu tiada dosa.
1 YOHANES 3:2-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sahabat-sahabat yang kukasihi, sekarang ini kita anak-anak Allah, tetapi belum nyata bagaimana keadaan kita kelak. Tetapi kita tahu bahawa apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti-Nya, kerana kita akan melihat-Nya dalam keadaan-Nya yang sebenar. Sesiapa yang menaruh harapan ini kepada Kristus akan memelihara dirinya supaya suci, sebagaimana Kristus itu suci. Sesiapa yang berbuat dosa, dia melakukan keleluasaan kerana dosa itu perbuatan keleluasaan. Kamu tahu bahawa Kristus dihantar untuk menghapuskan dosa umat manusia; dalam diri-Nya tiada dosa.