1 YOHANES 3:1-10

1 YOHANES 3:1-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

BAHWA, lihatlah bŭtapa prinya pŭngasihan yang tŭlah dikurniakan ulih Ayah pada kami, iya itu harus kami disŭbutkannya anak anak Allah: maka sŭbab itu orang isi dunia ini tiada mŭngŭnal akan kami, kŭrna tiada iya mŭngŭnal akan Tuhan. Kŭkasih, bahwa skarang inilah kami jadi anak anak Allah, akan tŭtapi bŭlomlah nyata apakah kŭlak kami pun akan jadi: tŭtapi kami tŭlah mŭngatahui, apabila Almasih itu kŭlak akan dinyatakan, maka kami pun akan jadi sŭrupa dŭngan dia, kŭrna kami nanti mŭlihat dia spŭrti adanya. Maka masing masing orang yang ada mŭnaroh harap ini dalamnya iyalah mŭnyuchikan akan dirinya sŭndiri, spŭrti Almasih itupun suchi adanya. Maka barang siapa yang bŭrbuat dosa itu, iyalah bŭrbuat dŭrhaka pada hukum Allah, kŭrna dosa itulah dŭrhaka akan hukum. Maka kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa Isa itu tŭlah dinyatakan, supaya mŭnghapuskan sagala dosa kami, maka dalamnya itu tiada dosa. Barang siapa yang diam dalamnya itu, maka iya tiada bŭrdosa; barang siapa bŭrdosa, iya bŭlom mŭlihat akan dia, atau mŭngŭnal akan dia. Anak kŭchil kŭchil, bahwa janganlah barang sa’orang mŭnipu akan dikau; maka orang yang bŭrbuat bŭnar itu, iyalah juga bŭnar adanya spŭrti Almasih itu bŭnar adanya. Maka barang siapa yang bŭrdosa, iyalah deripada iblis, kŭrna iblis itu bŭrdosa deri pada ahwalnya; maka deri sŭbab inilah juga anak Allah itu tŭlah dinyatakan, supaya dibinasakannya pŭrbuatan iblis itu. Adapun barang siapa yang dipranakkan ulih Allah itu, iyalah tiada bŭrdosa, kŭrna bŭnihnya itu tinggal dalamnya, maka tiadalah bulih iya bŭrdosa, kŭrna iyalah tŭrpranak ulih Allah. Maka dalam hal inilah nyata sagala anak Allah, dan sagala anak iblis; bahwa barang siapa yang tiada mŭmbuat kabŭnaran, dan tiada iya mŭngasihi akan saudaranya, maka iya itulah yang bukannya deripada Allah.

1 YOHANES 3:1-10 Alkitab Berita Baik (BM)

Ketahuilah bahawa Allah Bapa sangat mengasihi kita! Dia amat mengasihi kita, sehingga kita diakui sebagai anak-anak Allah dan memang kita anak-anak Allah. Itulah sebabnya dunia ini tidak mengenal kita, kerana dunia ini tidak mengenal Allah. Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kita sekarang anak-anak Allah, tetapi keadaan kita kelak belum jelas. Tetapi kita tahu bahawa apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti Dia, kerana kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya. Setiap orang yang mempunyai harapan ini kepada Kristus, menjaga dirinya supaya suci, sebagaimana Kristus pun suci. Sesiapa yang berbuat dosa, melanggar hukum Allah, kerana dosa itu pelanggaran terhadap hukum Allah. Kamu tahu bahawa Kristus datang untuk menghapuskan dosa manusia, dan bahawa pada diri-Nya tidak ada dosa. Oleh itu, setiap orang yang hidup bersatu dengan Kristus, tidak terus-menerus berbuat dosa. Sesiapa yang terus-menerus berbuat dosa, tidak pernah melihat Kristus ataupun mengenal Dia. Anak-anakku, janganlah biarkan sesiapa pun menipu kamu. Sesiapa melakukan kehendak Allah, dia anak Allah, seperti Kristus. Sesiapa terus-menerus berbuat dosa, dia anak Iblis, kerana Iblis berdosa sejak permulaan. Justeru untuk hal inilah Anak Allah datang bagi memusnahkan pekerjaan Iblis. Sesiapa yang menjadi anak Allah, tidak terus-menerus berbuat dosa kerana sifat Allah sendiri ada padanya. Kerana Allah itu Bapanya, dia tidak dapat terus-menerus berbuat dosa. Inilah perbezaan antara anak Allah dengan anak Iblis: Sesiapa tidak melakukan kehendak Allah, atau tidak mengasihi saudaranya, dia bukanlah anak Allah.

1 YOHANES 3:1-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Ketahuilah betapa kasihnya Bapa kepada kita sehingga kita disebut anak-anak Allah! Dan sememanglah begitu! Sebabnya dunia ini tidak mengenal kita ialah kerana dunia ini tidak mengenal Allah. Sahabat-sahabat yang kukasihi, sekarang ini kita anak-anak Allah, tetapi belum nyata bagaimana keadaan kita kelak. Tetapi kita tahu bahawa apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti-Nya, kerana kita akan melihat-Nya dalam keadaan-Nya yang sebenar. Sesiapa yang menaruh harapan ini kepada Kristus akan memelihara dirinya supaya suci, sebagaimana Kristus itu suci. Sesiapa yang berbuat dosa, dia melakukan keleluasaan kerana dosa itu perbuatan keleluasaan. Kamu tahu bahawa Kristus dihantar untuk menghapuskan dosa umat manusia; dalam diri-Nya tiada dosa. Oleh itu, sesiapa yang tetap di dalam Kristus tidak akan berbuat dosa berterusan. Sesiapa yang terus berbuat dosa belum melihat dan mengenal Dia. Anak-anakku, jangan biarkan sesiapa pun menyesatkanmu. Sesiapa yang melakukan apa yang benar adalah orang yang benar, seperti Kristus. Orang yang terus berbuat dosa itu berasal daripada Iblis, kerana dari mulanya lagi Iblis telah berbuat dosa. Itulah sebabnya Anak Allah datang untuk membinasakan pekerjaan Iblis. Sesiapa yang lahir daripada Allah tidak akan berbuat dosa berterusan kerana benih Allah ada dalam dirinya. Oleh sebab dia lahir daripada Allah, dia tidak mungkin berbuat dosa berterusan. Dengan demikian nyatalah perbezaan antara anak-anak Allah dengan anak-anak Iblis. Orang yang tidak melakukan apa yang benar bukanlah anak Allah, demikian juga orang yang tidak mengasihi saudaranya.

1 YOHANES 3:1-10

1 YOHANES 3:1-10 BM