1 YOHANES 2:15-20
1 YOHANES 2:15-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah kasihi dunia ini, atau segala sesuatu di dunia ini. Jika kamu mengasihi dunia ini, kamu tidak mengasihi Allah Bapa. Segala sesuatu di dunia ini, iaitu yang diingini oleh keinginan hati orang berdosa, dan yang dilihat lalu dikehendaki, serta yang dibangga-banggakan, semuanya tidak berasal daripada Bapa, tetapi dari dunia. Dunia dan segala sesuatu di dunia yang diingini oleh manusia tidak kekal. Tetapi orang yang melakukan kehendak Allah, akan hidup selama-lamanya. Anak-anakku, akhir zaman sudah dekat! Kamu diberitahu bahawa Musuh Kristus akan datang. Sekarang banyak orang yang memusuhi Kristus telah muncul. Oleh itu kita tahu bahawa akhir zaman sudah dekat. Musuh-musuh Kristus itu sebenarnya tidak termasuk dalam golongan kita, itulah sebabnya mereka meninggalkan kita. Jika mereka termasuk dalam golongan kita, tentu mereka tetap bersama-sama kita. Tetapi mereka meninggalkan kita, supaya nyata bahawa tidak seorang pun antara mereka yang benar-benar termasuk dalam golongan kita. Tetapi kamu sudah menerima Roh Allah yang dicurahkan oleh Kristus. Itulah sebabnya kamu semua mengenal ajaran yang benar.
1 YOHANES 2:15-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Janganlah kasihi akan dunia ini, atau akan pŭrkara isinya; maka jikalau barang siapa yang mŭngasihi dunia, kasih Ayah itu tiadalah dalamnya. Kŭrna sagala yang ada dalam dunia ini, spŭrti kainginan hawa nafsu, dan kainginan mata, dan chongkak deri pada kahidopan, iya itu bukannya deripada Ayah, mŭlainkan deripada dunia adanya. Adapun dunia ini sŭrta dŭngan kainginannya itu akan raib adanya; tŭtapi orang yang bŭrbuat kahandak Allah itu, tinggallah kŭkal slama lamanya. Anak kŭchil kŭchil, maka inilah akhir zaman; adapun spŭrti yang kamu tŭlah mŭnŭngar, bahwa lawanan Almasih itu akan datang, maka skarang pun adalah banyak lawanan Almasih itu, maka deri sŭbab itulah kami mŭngatahui iya itu akhir zaman. Adapun marika itu tŭlah kluar deri antara kami, tŭtapi bukannya iya itu deripada kami, kŭrna jikalau kiranya iya deripada kami, patutlah iya tinggal bŭsŭrta dŭngan kami; tŭtapi iya sudah kluar, supaya nyatalah bahwa iya itu sŭmuanya bukannya deripada kami. Tŭtapi kamu ini ada mŭmpunyai lantek deripada Roh Alkudos, dan kamu mŭngatahui sagala pŭrkara.
1 YOHANES 2:15-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jangan kasihi dunia ini atau sesuatu di dalamnya. Jika seseorang mengasihi dunia ini, maka kasih terhadap Bapa tidak ada dalam dirinya. Segala yang ada di dunia ini — keinginan nafsu dan mata, serta segala keangkuhan hidup — bukanlah daripada Bapa tetapi daripada dunia. Dunia dan segala hawa nafsu yang ada di dalamnya sedang lenyap, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah akan kekal selama-lamanya. Anak-anakku, akhir zaman sudah hampir menjelang. Kamu telah diberitahu bahawa dajal, penentang Kristus itu, akan muncul. Sekarang pun telah muncul ramai orang yang menentang Kristus. Dengan demikian kita tahu bahawa akhir zaman sudah hampir menjelang. Mereka telah memisahkan diri daripada kita. Tetapi mereka sebenarnya bukanlah sebahagian daripada kita. Jika mereka benar-benar sebahagian daripada kita, tentulah mereka tetap bersama kita. Oleh itu, tindakan mereka memisahkan diri daripada kita menunjukkan kesemua mereka itu bukanlah benar-benar sebahagian daripada kita. Kamu telah menerima pengurapan daripada Yang Kudus, maka kamu mengenal kebenaran.