1 YOHANES 1:8-9
1 YOHANES 1:8-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri sendiri, dan Allah tidak ada di dalam hati. Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah.
1 YOHANES 1:8-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka jikalau kami bŭrkata, kami tiada dosa, kami mŭnipulah diri sŭndiri, dan bŭnar itu tiada dalam kami. Maka jikalau kami mŭngaku dosa kami, maka iyalah sŭtiawan, dan adil akan mŭngampuni sagala dosa kami, dan mŭnyuchikan kami deripada sagala kŭsalahan.
1 YOHANES 1:8-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada dalam diri kita. Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan berlaku adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan menyucikan kita daripada segala kesalahan.