1 YOHANES 1:5-7
1 YOHANES 1:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Inilah berita yang telah kami dengar daripada Anak-Nya dan yang kami isytiharkan kepada kamu: Allah itu cahaya, dan pada-Nya tidak ada kegelapan sama sekali. Jika kita berkata bahawa kita hidup bersatu dengan Dia, padahal kita hidup dalam kegelapan, maka kita berdusta baik dengan kata-kata mahupun dengan perbuatan. Tetapi jika kita hidup dalam cahaya, sebagaimana Allah ada dalam cahaya, maka kita hidup rukun dan darah Yesus, Anak-Nya, membersihkan kita daripada segala dosa.
1 YOHANES 1:5-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka inilah dia khabar yang tŭlah kami mŭnŭngar deri halnya itu, dan mŭnyatakan pada kamu, bahwa Allah itu trang adanya, maka dalamnya itu tiadalah glap skali kali. Maka jikalau kiranya kami bŭrkata, bahwa kami tŭlah bŭrskutuan dŭngan dia, tapi bŭrjalan dalam glap, kami bŭrdusta, dan tiada kami bŭrbuat bŭnar: Akan tŭtapi jikalau kami bŭrjalan dalam trang, spŭrti iya dalam trang, kami bŭrskutuanlah sa’orang dŭngan sa’orang, maka darah Almasih anaknya itu, mŭnyuchikanlah kami deripada sagala dosa.
1 YOHANES 1:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Inilah perutusan yang telah kami dengar daripada-Nya dan sampaikan kepadamu: Allah itu cahaya; dan sama sekali tiada kegelapan dalam-Nya. Sekiranya kita mengatakan bahawa kita hidup dalam keakraban dengan-Nya sedangkan kita melangkah dalam kegelapan, maka kita berdusta dan tidak mengamalkan kebenaran. Tetapi jika kita melangkah dalam cahaya, sebagaimana Allah wujud dalam cahaya, maka benar-benarlah kita hidup dalam persaudaraan satu sama lain, dan darah Yesus, Anak-Nya, menyucikan kita daripada segala dosa.