1 YOHANES 1:5-10
1 YOHANES 1:5-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka inilah dia khabar yang tŭlah kami mŭnŭngar deri halnya itu, dan mŭnyatakan pada kamu, bahwa Allah itu trang adanya, maka dalamnya itu tiadalah glap skali kali. Maka jikalau kiranya kami bŭrkata, bahwa kami tŭlah bŭrskutuan dŭngan dia, tapi bŭrjalan dalam glap, kami bŭrdusta, dan tiada kami bŭrbuat bŭnar: Akan tŭtapi jikalau kami bŭrjalan dalam trang, spŭrti iya dalam trang, kami bŭrskutuanlah sa’orang dŭngan sa’orang, maka darah Almasih anaknya itu, mŭnyuchikanlah kami deripada sagala dosa. Maka jikalau kami bŭrkata, kami tiada dosa, kami mŭnipulah diri sŭndiri, dan bŭnar itu tiada dalam kami. Maka jikalau kami mŭngaku dosa kami, maka iyalah sŭtiawan, dan adil akan mŭngampuni sagala dosa kami, dan mŭnyuchikan kami deripada sagala kŭsalahan. Maka jikalau kiranya kami bŭrkata, bahwa kami tiada bŭrdosa, kami mŭnjadikan dia pŭmbohong, dan fŭrmannya itu pun tiadalah dalam kami.
1 YOHANES 1:5-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Inilah berita yang telah kami dengar daripada Anak-Nya dan yang kami isytiharkan kepada kamu: Allah itu cahaya, dan pada-Nya tidak ada kegelapan sama sekali. Jika kita berkata bahawa kita hidup bersatu dengan Dia, padahal kita hidup dalam kegelapan, maka kita berdusta baik dengan kata-kata mahupun dengan perbuatan. Tetapi jika kita hidup dalam cahaya, sebagaimana Allah ada dalam cahaya, maka kita hidup rukun dan darah Yesus, Anak-Nya, membersihkan kita daripada segala dosa. Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri sendiri, dan Allah tidak ada di dalam hati. Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah. Tetapi jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menjadikan Allah pendusta, dan firman-Nya tidak kita simpan di dalam hati.
1 YOHANES 1:5-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Inilah perutusan yang telah kami dengar daripada-Nya dan sampaikan kepadamu: Allah itu cahaya; dan sama sekali tiada kegelapan dalam-Nya. Sekiranya kita mengatakan bahawa kita hidup dalam keakraban dengan-Nya sedangkan kita melangkah dalam kegelapan, maka kita berdusta dan tidak mengamalkan kebenaran. Tetapi jika kita melangkah dalam cahaya, sebagaimana Allah wujud dalam cahaya, maka benar-benarlah kita hidup dalam persaudaraan satu sama lain, dan darah Yesus, Anak-Nya, menyucikan kita daripada segala dosa. Sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada dalam diri kita. Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan berlaku adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan menyucikan kita daripada segala kesalahan. Namun sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak pernah berdosa, kita menuduh Allah itu pendusta, dan firman-Nya tidak ada dalam diri kita.