1 YOHANES 1:1-7
1 YOHANES 1:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Kami menulis surat kepada kamu tentang Firman yang memberikan hidup, iaitu Firman yang telah ada sejak permulaan. Kami sudah mendengarnya, dan kami sudah melihatnya dengan mata kepala sendiri. Kami sudah melihatnya dan kami sudah menyentuhnya dengan tangan. Ketika hidup sejati dan kekal itu dinyatakan, kami melihatnya. Itulah sebabnya kami memberikan kesaksian tentangnya. Kami memberitahu kamu tentang hidup sejati dan kekal, yang bersama-sama Bapa, dan yang sudah ditunjukkan kepada kami. Kami pun memberitahu kamu apa yang sudah kami lihat dan dengar, supaya kamu bersama-sama kami turut menghayati hidup bersatu dengan Bapa dan dengan Anak-Nya Yesus Kristus. Kami menulis hal ini supaya kita benar-benar gembira. Inilah berita yang telah kami dengar daripada Anak-Nya dan yang kami isytiharkan kepada kamu: Allah itu cahaya, dan pada-Nya tidak ada kegelapan sama sekali. Jika kita berkata bahawa kita hidup bersatu dengan Dia, padahal kita hidup dalam kegelapan, maka kita berdusta baik dengan kata-kata mahupun dengan perbuatan. Tetapi jika kita hidup dalam cahaya, sebagaimana Allah ada dalam cahaya, maka kita hidup rukun dan darah Yesus, Anak-Nya, membersihkan kita daripada segala dosa.
1 YOHANES 1:1-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA iya itu yang tŭlah deripada pŭrmulaannya, yang tŭlah kami dŭngar, dan yang tŭlah kami lihat dŭngan mata kami, dan yang tŭlah kami pandang, dan tangan kami tŭlah mŭnjamah akan kŭlimat alhayat itu. Kŭrna hayat itu tŭlah dinyatakan, dan kami tŭlah mŭlihat akan dia itu, dan mŭnjadi saksi, dan mŭngunjokkan pada kamu hayat kŭkal itu, yang tŭlah bŭsŭrta dŭngan Ayah itu, dan tŭlah dikurniakan pula pada kami; Adapun yang kami tŭlah mŭlihat dan mŭnŭngar itu, kami mŭnyatakan pada kamu, supaya kamu pun bulih mŭndapat pŭrskutuan dŭngan kami: maka sŭsungguhnya pŭrskutuan kami pun bŭsŭrtalah dŭngan Ayah itu, dan sŭrta dŭngan anaknya iya itu Isa Almasih. Maka pŭrkara pŭrkara inilah kami tuliskan dalam surat ini pada kamu, supaya gŭnaplah gŭmaran kamu itu. Maka inilah dia khabar yang tŭlah kami mŭnŭngar deri halnya itu, dan mŭnyatakan pada kamu, bahwa Allah itu trang adanya, maka dalamnya itu tiadalah glap skali kali. Maka jikalau kiranya kami bŭrkata, bahwa kami tŭlah bŭrskutuan dŭngan dia, tapi bŭrjalan dalam glap, kami bŭrdusta, dan tiada kami bŭrbuat bŭnar: Akan tŭtapi jikalau kami bŭrjalan dalam trang, spŭrti iya dalam trang, kami bŭrskutuanlah sa’orang dŭngan sa’orang, maka darah Almasih anaknya itu, mŭnyuchikanlah kami deripada sagala dosa.
1 YOHANES 1:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apa yang telah wujud sejak mulanya, yang telah kami dengar, yang telah kami lihat, dan yang telah kami sentuh dengan tangan — itulah yang kami beritakan tentang Firman yang memberi hidup. Hidup itu telah ditunjukkan; kami telah melihat, dan memberikan kesaksian, serta memberitahumu tentang hidup kekal bersama Bapa yang telah ditunjukkan kepada kami. Kami memberitahumu apa yang telah kami lihat dan dengar, supaya kamu juga dapat bersaudara dengan kami. Sesungguhnya, kami hidup dalam keakraban dengan Bapa dan Anak-Nya Yesus Kristus. Kami menulis tentang segala ini kepadamu supaya kebahagiaanmu sempurna. Inilah perutusan yang telah kami dengar daripada-Nya dan sampaikan kepadamu: Allah itu cahaya; dan sama sekali tiada kegelapan dalam-Nya. Sekiranya kita mengatakan bahawa kita hidup dalam keakraban dengan-Nya sedangkan kita melangkah dalam kegelapan, maka kita berdusta dan tidak mengamalkan kebenaran. Tetapi jika kita melangkah dalam cahaya, sebagaimana Allah wujud dalam cahaya, maka benar-benarlah kita hidup dalam persaudaraan satu sama lain, dan darah Yesus, Anak-Nya, menyucikan kita daripada segala dosa.