1 YOHANES 1:1-3
1 YOHANES 1:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Kami menulis surat kepada kamu tentang Firman yang memberikan hidup, iaitu Firman yang telah ada sejak permulaan. Kami sudah mendengarnya, dan kami sudah melihatnya dengan mata kepala sendiri. Kami sudah melihatnya dan kami sudah menyentuhnya dengan tangan. Ketika hidup sejati dan kekal itu dinyatakan, kami melihatnya. Itulah sebabnya kami memberikan kesaksian tentangnya. Kami memberitahu kamu tentang hidup sejati dan kekal, yang bersama-sama Bapa, dan yang sudah ditunjukkan kepada kami. Kami pun memberitahu kamu apa yang sudah kami lihat dan dengar, supaya kamu bersama-sama kami turut menghayati hidup bersatu dengan Bapa dan dengan Anak-Nya Yesus Kristus.
1 YOHANES 1:1-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA iya itu yang tŭlah deripada pŭrmulaannya, yang tŭlah kami dŭngar, dan yang tŭlah kami lihat dŭngan mata kami, dan yang tŭlah kami pandang, dan tangan kami tŭlah mŭnjamah akan kŭlimat alhayat itu. Kŭrna hayat itu tŭlah dinyatakan, dan kami tŭlah mŭlihat akan dia itu, dan mŭnjadi saksi, dan mŭngunjokkan pada kamu hayat kŭkal itu, yang tŭlah bŭsŭrta dŭngan Ayah itu, dan tŭlah dikurniakan pula pada kami; Adapun yang kami tŭlah mŭlihat dan mŭnŭngar itu, kami mŭnyatakan pada kamu, supaya kamu pun bulih mŭndapat pŭrskutuan dŭngan kami: maka sŭsungguhnya pŭrskutuan kami pun bŭsŭrtalah dŭngan Ayah itu, dan sŭrta dŭngan anaknya iya itu Isa Almasih.
1 YOHANES 1:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apa yang telah wujud sejak mulanya, yang telah kami dengar, yang telah kami lihat, dan yang telah kami sentuh dengan tangan — itulah yang kami beritakan tentang Firman yang memberi hidup. Hidup itu telah ditunjukkan; kami telah melihat, dan memberikan kesaksian, serta memberitahumu tentang hidup kekal bersama Bapa yang telah ditunjukkan kepada kami. Kami memberitahumu apa yang telah kami lihat dan dengar, supaya kamu juga dapat bersaudara dengan kami. Sesungguhnya, kami hidup dalam keakraban dengan Bapa dan Anak-Nya Yesus Kristus.