1 KORINTUS 9:26-27
1 KORINTUS 9:26-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Itulah sebabnya aku lari terus ke garis penamat. Seperti petinju, aku tidak mahu mensia-siakan tumbukanku. Aku melatih diri dengan giat supaya aku dapat menguasai diri. Aku berbuat demikian, supaya aku tidak ditolak, setelah aku mengkhabarkan Berita Baik kepada orang lain.
1 KORINTUS 9:26-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭbab itu aku bŭrlumba dŭmkian, bukan dŭngan tiada bŭrkatŭntuan; dŭmkian aku mŭnyŭrang bukan spŭrti sa’orang mŭmukol angin. Tŭtapi aku sakitkan diriku, dan mŭna’lokkan dia dibawah prentah dŭngan sŭbulih bulihnya, apabila aku tŭlah mŭngajar orang orang lain, asal janganlah aku sŭndiri kŭlak jadi tŭrbuang.
1 KORINTUS 9:26-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, aku terus-menerus lari ke garis penamat. Juga seperti ahli tinju, aku tidak mahu mensia-siakan tumbukanku. Aku bersungguh-sungguh melatih tubuhku, untuk menguasai diri, supaya aku tidak ditolak setelah mengkhabarkan Injil kepada orang lain.