1 KORINTUS 9:24-25
1 KORINTUS 9:24-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu tentu tahu bahawa dalam lumba lari, semua peserta mengambil bahagian dalam perlumbaan, tetapi hanya seorang yang menerima hadiah. Oleh itu larilah sedemikian rupa sehingga kamu mendapat hadiah itu. Setiap ahli sukan yang sedang menjalani latihan harus mematuhi disiplin yang ketat. Dia melakukannya kerana dia ingin mendapat hadiah kejuaraan, walaupun hadiah itu akan rosak. Kita pun seperti ahli sukan yang mematuhi disiplin yang ketat supaya mendapat hadiah kejuaraan yang tidak akan rosak.
1 KORINTUS 9:24-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tiadakah kamu kŭtahui bahwa sagala orang yang bŭrlumba lumbalah sŭmua, tŭtapi sa’orang sahja mŭndapat upah? Maka bŭrlumbalah dŭmkian, supaya kamu pun bŭrulih itu. Maka masing masing orang yang bŭrkŭras kŭrasan itu, kŭrna handak mŭnjadi kŭpala, maka iya itu hemat dalam sagala pŭrkara; skarang pun dipŭrbuatnya itu akan mŭndapat suatu mahkota kabinasaan, tŭtapi kamu ini suatu mahkota yang tiada kabinasaan.
1 KORINTUS 9:24-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebagaimana kamu tahu, dalam lumba lari, semua peserta mengambil bahagian tetapi hanya seorang yang mendapat hadiah. Oleh yang demikian, berlarilah, hingga menerima hadiah. Setiap ahli sukan yang bertanding dalam sukan berlatih dengan gigih, kerana ingin mendapat mahkota, walaupun mahkota itu tidak kekal. Tetapi kita menjalani latihan yang ketat untuk mendapat mahkota yang kekal.