1 KORINTUS 8:5-6
1 KORINTUS 8:5-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Sekalipun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi, tetapi bagi kita Allah hanya satu. Dia Bapa yang menciptakan segala sesuatu, dan untuk Dialah kita hidup. Tuhan hanya satu juga, iaitu Yesus Kristus. Melalui Dia segala sesuatu diciptakan, dan kerana Dialah kita hidup.
1 KORINTUS 8:5-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna jikalau kiranya ada bŭbrapa yang tŭrsŭbot Allah skalipun, baik dilangit, baik diatas bumi, (spŭrti yang disangkanya banyak Allah dan banyak Tuhan.) Tŭtapi kapada kita ada suatu sahja, iya itu Ayah; maka deri padanyalah sagala pŭrkara, dan kita ini dalamnya; dan suatu Tuhan, iya itu Isa Almasih, maka ulihnyalah ada sagala pŭrkara, dan kami ulihnya.
1 KORINTUS 8:5-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Walaupun ramai yang dipanggil allah dan tuhan, di syurga dan di bumi, namun bagi kita Allah ialah esa, Bapa yang mencipta segala-galanya, dan untuk Dialah kita hidup. Tuhan kita juga esa, iaitu Yesus Kristus. Segala-galanya dicipta melalui-Nya, dan kerana Dialah kita hidup.