1 KORINTUS 3:7-8
1 KORINTUS 3:7-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang yang menanam benih dan orang yang menyiramnya tidaklah penting. Allah sahaja yang penting, kerana Dia yang menyebabkan tanaman itu tumbuh. Orang yang menanam benih setaraf dengan orang yang menyiramnya; Allah akan mengurniakan pahala menurut kerja masing-masing.
1 KORINTUS 3:7-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dŭmkianlah adanya orang yang bŭrtanam, dan orang yang mŭndirus itu satu pun tidak; tŭtapi Allah juga yang mŭnumbohkan. Adapun skarang orang yang bŭrtanam dan orang yang mŭndirus suatu juga adanya: tŭtapi masing masing orang kŭlak akan mŭnŭrima upah sakŭdar kŭlŭlahannya.
1 KORINTUS 3:7-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yang menyemaikan benih dan yang menyiram tidak penting. Hanya Allah yang penting, kerana Dialah yang membolehkan tanaman itu tumbuh. Yang menyemaikan benih dan yang menyiram mempunyai kedudukan yang sama. Allah akan mengurniakan ganjaran berdasarkan kerja masing-masing.