1 KORINTUS 3:5-9
1 KORINTUS 3:5-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Sebenarnya siapakah Apolos itu? Siapakah Paulus? Kami hanya hamba Allah, yang memimpin kamu percaya kepada Kristus. Kami hanya menjalankan tugas masing-masing yang diberikan oleh Tuhan. Aku menanam benih dan Apolos menyiramnya, tetapi Allah sendiri yang menyebabkan tanaman itu tumbuh. Orang yang menanam benih dan orang yang menyiramnya tidaklah penting. Allah sahaja yang penting, kerana Dia yang menyebabkan tanaman itu tumbuh. Orang yang menanam benih setaraf dengan orang yang menyiramnya; Allah akan mengurniakan pahala menurut kerja masing-masing. Kami orang yang bekerja bersama-sama untuk Allah, dan kamu bagaikan ladang Allah. Kamu juga bagaikan bangunan Allah.
1 KORINTUS 3:5-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Siapakah Paulus itu, dan siapakah Apollos itu, mŭlainkan iya itu suroh surohan ulihnya juga kamu tŭlah pŭrchaya, iya itu sakŭdar yang dikurniakan Tuhan kapada masing masing orang. Bahwa aku tŭlah bŭrtanam, dan Apollos tŭlah mŭndirus; bahwasanya Allah juga yang mŭnumbohkan. Maka dŭmkianlah adanya orang yang bŭrtanam, dan orang yang mŭndirus itu satu pun tidak; tŭtapi Allah juga yang mŭnumbohkan. Adapun skarang orang yang bŭrtanam dan orang yang mŭndirus suatu juga adanya: tŭtapi masing masing orang kŭlak akan mŭnŭrima upah sakŭdar kŭlŭlahannya. Kŭrna kami ini orang bŭkŭrja bŭrsama sama dŭngan Allah: maka kamulah bandang Allah, dan kamulah rumah Allah.
1 KORINTUS 3:5-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Siapakah Apolos? Siapakah Paulus? Kami hanyalah hamba Allah yang memimpinmu ke arah iman terhadap Kristus. Kami sekadar menjalankan tugas yang ditetapkan oleh Tuhan. Aku menyemaikan benih manakala Apolos menyiram, tetapi Allah yang membolehkan tanaman itu tumbuh. Yang menyemaikan benih dan yang menyiram tidak penting. Hanya Allah yang penting, kerana Dialah yang membolehkan tanaman itu tumbuh. Yang menyemaikan benih dan yang menyiram mempunyai kedudukan yang sama. Allah akan mengurniakan ganjaran berdasarkan kerja masing-masing. Kami sama-sama pekerja Allah, dan kamu ibarat ladang Allah. Kamu juga boleh diumpamakan sebagai bangunan Allah.