1 KORINTUS 3:12-15
1 KORINTUS 3:12-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Ada orang yang menggunakan emas, perak, atau batu permata untuk mendirikan bangunan di atas asas itu. Ada juga orang yang menggunakan kayu, rumput kering ataupun jerami. Tetapi mutu kerja setiap orang akan kelihatan pada hari Kristus datang kembali, kerana pada hari itu api akan menyatakan kerja setiap orang. Api akan menguji dan menentukan mutu kerja setiap orang. Jika apa yang didirikan di atas asas itu tahan api, pembinanya akan menerima pahala. Tetapi jika kerja seseorang terbakar, dia akan rugi. Dia sendiri akan selamat, seperti orang yang melepaskan diri daripada api.
1 KORINTUS 3:12-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun skarang jikalau barang siapa mŭmbangunkan diatas alas tembok ini mas, dan perak, dan pŭrmata yang indah indah, dan kayu, dan rumpot rumpotan, dan jŭrami; Bahwa pŭkŭrjaan masing masing itu akan dinyatakan kŭlak: kŭrna hari itu akan mŭnunjokkan dia, kŭrna iya itu kŭlak akan dinyatakan dŭngan api; maka pŭkŭrjaan masing masing itu pun kŭlak akan diuji dŭngan api bŭtapa halnya. Maka jikalau kiranya tinggal pŭkŭrjaan barang sa’orang yang dibangunkannya diatasnya itu, maka iya kŭlak akan mŭndapat faalanya. Jikalau kiranya kŭlak barang sa’orang ampunya pŭkŭrjaan itu tŭrbakar, maka iya kŭlak mŭrasai rugi: tŭtapi iya sŭndiri akan dipliharakan, itu pun sapŭrti orang yang tŭrlŭpas deripada api.
1 KORINTUS 3:12-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ada orang yang menggunakan emas, perak atau permata untuk membina bangunan di atas asas itu. Ada pula yang menggunakan kayu, rumput kering atau jerami. Mutu kerja setiap orang akan terserlah pada hari Tuhan datang kembali, kerana ia akan diuji dengan api. Sekiranya bangunan yang didirikan di atas asas itu tahan api, pembinanya akan mendapat ganjaran. Sebaliknya, jika bangunan yang dibina oleh seseorang itu dimakan api, dia akan kerugian, walaupun dirinya terselamat seperti orang yang terlepas daripada kebakaran.