1 KORINTUS 3:1-2
1 KORINTUS 3:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku! Sebenarnya aku tidak dapat bercakap dengan kamu seperti bercakap dengan orang yang mempunyai Roh Allah. Aku terpaksa bercakap dengan kamu seperti bercakap dengan orang yang masih dikuasai keinginan duniawi, atau seperti bercakap dengan orang yang masih kanak-kanak dalam kepercayaan mereka kepada Kristus. Dahulu aku memberi kamu susu, bukan makanan orang dewasa kerana kamu belum sedia menerimanya. Tetapi sekarang pun kamu masih belum dapat menerima ajaran yang lebih dalam
1 KORINTUS 3:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
HIE sagala saudaraku, adapun aku ini tiadalah bulih kata katakan kapadamu spŭrti kapada orang yang digrakkan roh, mŭlainkan spŭrti kapada manusia yang bŭrnafsu dunia, iya itu spŭrti kapada kanak kanak mŭnyusu dalam agama Almasih. Maka aku tŭlah mŭmbri makan akan dikau susu, bukannya daging: kŭrna skian lama kamu tiada bulih mŭnahani akan dia, maka sampie skarang pun tiada juga kamu bulih.
1 KORINTUS 3:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudaraku! Aku tidak dapat bercakap denganmu seperti dengan orang yang mempunyai Roh Kudus. Aku terpaksa bercakap denganmu seperti dengan orang yang masih hidup secara duniawi atau yang masih mentah dalam Kristus. Dulu aku memberimu susu kerana kamu belum sedia menerima makanan pepejal. Tetapi sekarang pun kamu masih belum bersedia menerimanya.