1 KORINTUS 2:4-7
1 KORINTUS 2:4-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku tidak mengajarkan dan mengkhabarkan Berita Baik itu dengan kata-kata menurut kebijaksanaan manusia. Tetapi aku menyampaikannya dengan cara yang membuktikan bahawa Roh Allah berkuasa. Oleh itu, kepercayaan kamu kepada Kristus tidak berdasarkan kebijaksanaan manusia, tetapi berdasarkan kuasa Allah. Walaupun demikian, aku juga berkata-kata tentang kebijaksanaan kepada mereka yang mempunyai kehidupan rohani yang matang. Tetapi kebijaksanaan itu bukanlah kebijaksanaan dunia ini, ataupun kebijaksanaan roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah dunia ini. Kekuasaan roh-roh itu akan lenyap. Kebijaksanaan yang aku sampaikan itu kebijaksanaan daripada Allah. Kebijaksanaan itu tidak diketahui oleh umat manusia, tetapi Allah sudah menyediakannya untuk kebahagiaan kita, sebelum Dia menjadikan dunia ini.
1 KORINTUS 2:4-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun pŭrkataanku dan pŭngajaranku bukan dŭngan pŭrkataan yang mŭmbujok chara hikmat manusia, mŭlainkan dŭngan pŭrtunjokkan Roh dan kwasa adanya. Supaya kŭlak jangan imanmu itu bŭrgantong kapada hikmat manusia, mŭlainkan kapada kwasa Allah. Akan tŭtapi kita mŭngatakan hikmat diantara orang yang samporna: tŭtapi bukannya hikmat dunia ini, dan bukannya spŭrti hikmat pŭmrentah dunia ini, yang akan binasa. Tŭtapi kita mŭngatakan hikmat Allah yang dalam rahsia, mŭskipun hikmat yang tŭrsŭmbunyi, yang tŭlah ditŭntukan Allah tŭrdahulu deripada kajadian dunia, akan mŭnjadi kamulian bagie kami.
1 KORINTUS 2:4-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dan perkhabaran serta pengajaranku tidak disampaikan dengan kata-kata hikmah yang meyakinkan. Sebaliknya aku menyampaikannya secara menunjukkan kuasa Roh. Dengan demikian, imanmu bukanlah berasaskan kebijaksanaan manusia, tetapi berasaskan kuasa Allah. Namun begitu, aku berkata juga tentang kebijaksanaan kepada mereka yang sudah matang kehidupan rohani. Kebijaksanaan itu bukanlah kebijaksanaan dunia, atau kebijaksanaan para pemerintah dunia ini, kerana kuasa mereka akan punah. Kebijaksanaan yang kusampaikan itu kebijaksanaan daripada Allah, di luar pengetahuan manusia, yang telah diwujudkan-Nya untuk kemuliaan kita sebelum Dia mencipta dunia ini.