1 KORINTUS 2:3-5
1 KORINTUS 2:3-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, ketika aku datang kepada kamu, aku lemah dan gementar kerana ketakutan. Aku tidak mengajarkan dan mengkhabarkan Berita Baik itu dengan kata-kata menurut kebijaksanaan manusia. Tetapi aku menyampaikannya dengan cara yang membuktikan bahawa Roh Allah berkuasa. Oleh itu, kepercayaan kamu kepada Kristus tidak berdasarkan kebijaksanaan manusia, tetapi berdasarkan kuasa Allah.
1 KORINTUS 2:3-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka aku tŭlah bŭrsama sama dŭngan kamu dalam kalŭmahan, dan dalam kŭtakotan dan dalam banyak gŭmŭntar. Adapun pŭrkataanku dan pŭngajaranku bukan dŭngan pŭrkataan yang mŭmbujok chara hikmat manusia, mŭlainkan dŭngan pŭrtunjokkan Roh dan kwasa adanya. Supaya kŭlak jangan imanmu itu bŭrgantong kapada hikmat manusia, mŭlainkan kapada kwasa Allah.
1 KORINTUS 2:3-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, ketika aku mendekatimu, aku daif dan gementar ketakutan. Dan perkhabaran serta pengajaranku tidak disampaikan dengan kata-kata hikmah yang meyakinkan. Sebaliknya aku menyampaikannya secara menunjukkan kuasa Roh. Dengan demikian, imanmu bukanlah berasaskan kebijaksanaan manusia, tetapi berasaskan kuasa Allah.