1 KORINTUS 2:12-14
1 KORINTUS 2:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Kita tidak menerima roh dunia ini, tetapi kita menerima Roh Allah, supaya kita mengetahui semua yang telah dikurniakan Allah kepada kita. Oleh itu, ketika kami menjelaskan hal-hal tentang Allah kepada orang yang mempunyai Roh Allah, kami tidak berkata-kata menurut kebijaksanaan manusia, tetapi menurut ajaran Roh Allah. Sesiapa yang tidak mempunyai Roh Allah, tidak dapat menerima kurnia daripada Roh Allah, kerana orang seperti itu tidak dapat memahaminya dan menganggapnya suatu kebodohan sahaja. Kurnia daripada Roh Allah hanya dapat dinilai secara rohani.

1 KORINTUS 2:12-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka skarang pun tiada kita mŭnŭrima arwah isi dunia ini, mŭlainkan roh yang deripada Allah; supaya kita bulih mŭngatahui sagala pŭrkara yang dikurniakan Allah kapada kita dŭngan kamurahannya. Maka pŭrkara pŭrkara itulah juga kita chŭrtrakan, bukannya dŭngan pŭrkataan yang diajar ulih hikmat manusia, mŭlainkan dŭngan pŭrkataan yang diajar ulih Roh Alkudus; bandingkan pŭrkara rohani itu dŭngan pŭrkara rohani. Tŭtapi tabiat manusia tiada mŭnŭrima sagala pŭrkara Roh Allah: kŭrna iya itu kabodohan padanya: atau tiada iya dapat mŭngarti akan dia, sŭbab iya itu pŭrtunjokkan Roh Alkudos.
1 KORINTUS 2:12-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kita tidak menerima roh dunia ini. Kita menerima Roh daripada Allah agar mengetahui segala kurnia Allah kepada kita. Jadi, segala perkara ini kami sampaikan bukan dengan kata-kata daripada kebijaksanaan manusia tetapi daripada ajaran Roh yang menggabungkan fikiran rohani dengan kata-kata rohani. Orang jasmani yang tidak mempunyai Roh tidak dapat menerima hal-hal daripada Roh Allah, kerana dia menganggap hal-hal itu kebodohan semata-mata, dan dia tidak dapat memahaminya, disebabkan hal-hal itu hanya dapat dinilai secara rohani.