1 KORINTUS 2:1-2
1 KORINTUS 2:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku! Semasa aku datang kepada kamu untuk memberitakan rancangan Allah yang belum diketahui oleh dunia, aku tidak menggunakan kebijaksanaan dunia ini ataupun kata-kata yang susah difahami. Aku berbuat demikian kerana ketika aku bersama-sama kamu, aku mengambil keputusan untuk memberitakan Yesus Kristus sahaja, terutama kematian-Nya pada kayu salib.
1 KORINTUS 2:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
HIE sagala saudaraku, adapun apabila aku tŭlah sampie kapadamu, bukannya kudatang dŭngan kaelokkan pŭrkataan atau hikmat, akan mŭnyatakan kapadamu rahsia Allah. Kŭrna aku sudah mŭnŭntukan tiada aku handak mŭngatahui barang pŭrkara diantara kamu, mŭlainkan Isa Almasih sahja, iya itu yang tŭlah disalibkan.
1 KORINTUS 2:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudaraku! Ketika aku datang kepadamu untuk menyampaikan rahsia Allah, aku tidak datang dengan kata-kata indah atau kebijaksanaan. Sebabnya sewaktu aku bersamamu, aku telah bertekad untuk menyampaikan berita tentang Yesus Kristus semata-mata, khususnya tentang kematian-Nya di kayu salib.