1 KORINTUS 16:15-18
1 KORINTUS 16:15-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Tentu kamu mengenal Stefanus dan keluarganya; merekalah yang mula-mula menjadi orang Kristian di negeri Akhaya. Dengan sepenuh hati mereka melayani umat Allah. Aku menganjurkan kamu supaya menurut pimpinan orang seperti itu dan setiap orang yang bekerjasama, dan melayani jemaah dengan mereka. Aku bergembira dengan kedatangan Stefanus, Fortunatus, dan Akhaikus. Ketibaan mereka itu seolah-olah ketibaan kamu sendiri, kerana aku rindu akan kamu. Mereka sungguh menggembirakan aku sebagaimana mereka sudah menggembirakan kamu. Orang seperti itu harus dihargai.
1 KORINTUS 16:15-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka adalah kamu mŭngŭnal orang isi rumah Istifanus itu, bahwa iya itu buah bungaran sulong orang nŭgri Akaia, maka iya tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya bŭrkhodmat kapada sagala orang salih, maka aku minta pada kamu, hie saudara saudara, Supaya kamu pun mŭnalokkan dirimu kapada orang yang dŭmkian itu, dan kapada masing masing orang yang mŭnulong, dan bŭrlŭlah sŭrta kami. Maka suka chitalah aku deri kŭrna kŭdatangan Istifanas, dan Fortunatus dan Akaikus: kŭrna pŭrkara yang kurang deripadamu itulah digŭnapi ulih marika itu. Kŭrna marika itu tŭlah mŭnyŭgarkan hatiku dan hatimu: maka sŭbab itu handaklah kamu mŭngŭnangkan akan orang yang dŭmkian.
1 KORINTUS 16:15-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudaraku, ada satu permintaanku kepadamu. Kamu sedia maklum bahawa Stefanus sekeluarga merupakan hasil pertama pelayananku di Akhaya, dan mereka telah bertekad untuk mengabdikan diri kepada orang salih. Aku meminta supaya kamu tunduk kepada orang yang demikian, dan kepada semua yang turut berusaha dengan kami. Aku gembira bahawa Stefanus, Fortunatus dan Akhaikus telah datang, kerana apa-apa kekuranganku telah dilengkapkan oleh mereka. Mereka telah menyenangkan hatiku dan hatimu. Oleh itu, hargailah orang yang demikian.