1 KORINTUS 15:52-55
1 KORINTUS 15:51-55 Alkitab Berita Baik (BM)
Ketahuilah rahsia ini: Tidak semua daripada kita akan mati. Tetapi ketika trompet dibunyikan untuk kali terakhir, dengan tiba-tiba dan dalam sekejap mata kita semua akan diubah. Hal itu berlaku, kerana ketika trompet dibunyikan, orang mati akan dibangkitkan dengan tubuh yang abadi, dan kita semua akan diubah. Tubuh yang fana harus diganti dengan tubuh yang abadi. Tubuh yang akan mati harus diganti dengan tubuh yang tidak dapat mati. Apabila tubuh yang fana sudah diganti dengan tubuh yang abadi, dan tubuh yang akan mati sudah diganti dengan tubuh yang tidak dapat mati, maka berlakulah apa yang tertulis di dalam Alkitab, “Kematian sudah dilenyapkan, dan kemenangan sudah tercapai!” “Hai maut, di manakah kemenanganmu? Hai maut, di manakah sengatmu?”
1 KORINTUS 15:52-55 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dŭngan sŭsaat juga, dŭngan sŭkŭjap mata juga, pada sangkakala yang akhir, kŭrna sangkakala itu akan bŭrbunyi, maka orang mati akan dibangkitkan dŭngan tiada kabusokkan, dan kami pun akan diubahkan. Kŭrna kabusokkan ini dapat tiada akan mŭmakie kŭlak yang tiada busok itu, dan kŭmatian ini akan mŭmakie kŭlak yang tiada mati. Maka dŭmkianlah apabila yang kabusokkan itu tŭlah mŭmakie yang tiada busok itu, dan yang kŭmatian ini tŭlah mŭmakie yang tiada mati itu, maka tŭtkala itulah kŭlak akan mŭnjadi gŭnap pŭrkataan yang tŭlah tŭrsurat itu, Bahwa maut itu tŭlah ditŭlankan dŭngan kamŭnangan. Hie maut, dimanakah sŭngatmu? hie kubor, dimanakah kamŭnanganmu?
1 KORINTUS 15:52-55 Alkitab Versi Borneo (AVB)
serta-merta, dalam sekelip mata, ketika berbunyinya sangkakala yang terakhir. Pada saat itu orang mati akan dibangkitkan dalam ketidakbinasaan, dan kita yang masih hidup akan diubah, kerana yang boleh binasa ini mesti mengenakan bentuk yang tidak boleh binasa, dan yang boleh mati ini mesti mengenakan bentuk yang tidak boleh mati. Setelah ini berlaku, terbuktilah firman: “Maut telah ditelan dalam kemenangan.” “Wahai Maut, di manakah kemenanganmu? Wahai Maut, di manakah sengatmu?”