1 KORINTUS 15:51-52
1 KORINTUS 15:51-52 Alkitab Berita Baik (BM)
Ketahuilah rahsia ini: Tidak semua daripada kita akan mati. Tetapi ketika trompet dibunyikan untuk kali terakhir, dengan tiba-tiba dan dalam sekejap mata kita semua akan diubah. Hal itu berlaku, kerana ketika trompet dibunyikan, orang mati akan dibangkitkan dengan tubuh yang abadi, dan kita semua akan diubah.
1 KORINTUS 15:51-52 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tengoklah, aku mŭnunjokkan pada kamu suatu rahsia, maka tiada kamu skalian ini kŭlak akan bŭradu, mŭlainkan kami skalian akan diubahkan adanya. Dŭngan sŭsaat juga, dŭngan sŭkŭjap mata juga, pada sangkakala yang akhir, kŭrna sangkakala itu akan bŭrbunyi, maka orang mati akan dibangkitkan dŭngan tiada kabusokkan, dan kami pun akan diubahkan.
1 KORINTUS 15:51-52 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengarlah, aku memberitahumu suatu rahsia: Tidak kita semua akan mati, tetapi semua akan diubah serta-merta, dalam sekelip mata, ketika berbunyinya sangkakala yang terakhir. Pada saat itu orang mati akan dibangkitkan dalam ketidakbinasaan, dan kita yang masih hidup akan diubah